Sabtu, 18 April 2015

Tidak Ada Kenaikan Atau Semakan Gaji Kata JPA @NajibRazak @AliHamsa55



JPA tolak tuntutan Cuepacs mengenai tuntutan gaji penjawat awam dan JPA menganggapkan kehidupan penjawat awam pada masa kini selesa dengan gaji yang diterima oleh penjawat awam pada masa kini.

Pada masa yang sama dasar kerajaan cuba menaikkan taraf hidup penjawat awam yang kini mengalami tekanan akibat kenaikan harga barang secara mendadak diakibatkan oleh Cukai Barangan iaitu GST.

Taraf hidup penjawat awam akan lebih teruk apabila ada pihak pihak atasan memandang remeh dengan pekara pekara kenaikan gaji dan elaun kakitangan bawahan. Ini juga boleh menyebabkan prestasi penjawat awam menurun dan akan membuat tugasan dengan sambil lewa.


Apa yang perlu dilihat kerajaan pada masa kini dikuasai sepenuhnya oleh pegawai pegawai atasan yang sewenang wenangnya melaksanakan sesuatu pekara tampa merujuk kepada pihak tertinggi kerajaan yang memerintah. 

Bagi kumpulan penjawat awam tertinggi atasan merasakan semua kakitangan bawahan sebagai tidak berfungsi seolah olah menyusahkan mereka untuk mereka menyelia serta mengawasi apa yang dilakukan oleh kakitangan bawahan.

Bagi Perdana Hitam (P.H) berpendapat kerajaan perlu meneliti serta memerhatikan pegawai atasan yang seakan akan cuba sabotaj pihak kepimpinan pemerintahan Datuk Seri Najib pada masa kini. Dan mereka lah punca yang akan mengakibatkan kepimpinan Barisan Nasional   akan jatuh tersungkur pada PRU yang akan datang.


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak telus apabila menafikan terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini yang masih menerima gaji serendah RM805 sebulan. 

Sambil menganggap penafian JPA itu sebagai ‘gaya lama’, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda menegaskan, apa yang dibangkitkan oleh kesatuan itu ialah mengenai gaji pokok penjawat bukannya gaji yang ditambah bersama elaun. ‘‘Ini tidak adil sekiranya ingin dicampur aduk dengan elaun yang bersifat sementara kerana elaun tidak akan dikira dalam pencen. 

Pihak kami bercakap berdasarkan fakta iaitu terdapat 400,000 penjawat awam masih menerima gaji pokok serendah RM805 sebulan yang kalau diikutkan berada di bawah garis kemiskinan iaitu RM880 sebulan,” katanya ketika dihubungi di sini. 

JPA dalam penafiannya hari ini menjelaskan, amaun gaji bagi gred 11 iaitu gred paling rendah dalam perkhidmatan awam adalah antara RM832 hingga RM850 manakala pendapatan bulanan mereka boleh mencecah RM1,275 jika termasuk elaun dan jumlah penjawat awam yang menerima gaji RM850 sebulan hanyalah seramai 3,072 orang. 

Tegas Azih, jika JPA menganggap dakwaan CUEPACS tidak benar, beliau mahu jabatan itu mendedahkan kepada umum jumlah gaji dan elaun bagi peringkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A, B dan C. Cara itu akan membolehkan perbandingan gaji dan elaun antara JUSA dan kumpulan Turus dilakukan. 

Sementara itu, Azih menegaskan, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohamad Zabidi semalam yang menyifatkan tuntutan kenaikan gaji penjawat awam oleh CUEPACS ketika ini sebagai tidak sesuai disebabkan keadaan ekonomi yang tidak stabil. 

Beliau berkata, semakan terakhir gaji penjawat awam adalah pada 2005 dan dalam tempoh itu ekonomi negara pernah berada dalam keadaan baik namun semakan gaji tidak pernah dibuat. “Bila masa yang sesuai? Ketika ekonomi bagus pun mereka kata tidak bagus. 

Kos sara hidup semakin meningkat, nak buat apa pun tak cukup dengan gaji minimum RM805. Sepatutnya JPA tak boleh ‘pancung’ terus tuntutan kita ini, apa salahnya kita berunding dahulu dan mencari mekanisme bersama untuk mengatasi masalah ini, barulah ada keharmonian,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...