Rabu, 15 April 2015

Cuepacs Menghantar Memorandum Kepada PM @NajibRazak Berhubung Tuntutan Penjawat Awam @AliHamsa55





Kesimpulan ucapan President CUEPACS seperti berikut:- . 

Presiden Cuepacs akan menyerahkan memorandum kepada PM melalui KPPA berhubung dgn tuntutan Cuepacs diantaranya:-

Penambahbaikan skim 252 jawatan yang perlu dilaksanakan tahun ini juga dan diberi 'back dated' 1/1/2015 seperti mana yang dijanjikan oleh kerajaan kepada penjawat awam. Kerajaan perlu melihat semula struktur tanggagaji yang sedia ada yang telah menggantikan sistem gaji minimum & maksimum. 


Selain itu kerajaan perlu membuat kajian semula 231 jenis elaun penjawat awam yang sedang berkhidmat dalam kerajaan khususnya bagi kumpulan sokongan yang mana elaun ini perlu dinaik kan dengan segera. Kerajaan juga perlu memberi laluan terhadap penjawat awam yang mempunyai kemahiran dan ideologi yang mengunakan media sosial untuk menaikkan mutu perkhidmatan awam.

Kerjaya bagi Penjawat Awam yang mempunyai kelulusan ijazah menjawat yang lebih tinggi daripada jawatan disandang skrg. Dan kerajaan juga perlu melihat keperluan perumahan Penjawat Awam khususnya utk Kumpulan Pelaksanan dan Kumpulan sokongan yang mana kadar elaun perumahan terlalu rendah dengan kadar sewaan perumahan sedia ada pada masa kini yang terlalu tinggi serta menjadi beban untuk penjawat awam seperti kumpulan sokongan dan kumpulan pelaksana yang baru mula bertapak di pusat bandar. 

Kerajaan perlu membuat semakan gaji yang telah lama tidak dilaksanakan sejak 13 tahun lalu seperti:
1. Tangga gaji penjawat awam masih di takuk yang lama dan tidak menjurus kearah kemajuan 
2. 35% tuntutn kenaikan gaji dipohon supaya penjawat awam berada di atas paras kemiskinan bandar 
3. Penjawat awam adalah nadi serta menjadi pengerak tulang belakang kerajaan 
4. Dasar dan pekeliling kerajaan perlu disemak dan dikaji semula  
5. Skim dan serta elaun penjawat awam perlu disemak 
6. Kebajikan penjawat awam  perlu dijaga 
7. 252 skim perlu disemak dengan kadar segera dan ini akan beri lonjakan yang berlipat ganda terhadap kualiti kerja penjawat awam 
8. Bagi pendapatan di bawah RM3000 kumpulan di bawah berpendaptan rendah 
9. Pelaksanaan SBPA yg dbatalkn pd 2012 msh x diganti oleh yang baru ini kerajaan perlu lihat semula
10. Presiden CUEPACS tidak akan jemu memperjuangkan nasib penjawatwat awam dan akan sentiasa berada di belakang kepimpinan Perdana Menteri 
11. Penjawat awam berharap pada perhimpuanan penjawat awan nanti ada pengumuman pengumuman yang penting mengenai skim perkhidmatan awam sebelum 1 mei 
12. Kerajaan juga perlu melihat tempoh perkhidmatan penjawat awam yang telah lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi kenaikan atau penghargaan yang setimpal 
13. Cuepacs juga mohon kerajaan tetapkan bonus untuk tahun 2015 
14. Kerajaan juga perlu melihat kadar pencen yang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian terutama yang mempunyai anak yang masih belajar
15. Kadar ITP penjawat awam perlu dikaji semula dari RM180 tidak cukup keperluan hidup 
16. Kerajaan perlu memastikan penjawat awan mampu memiliki rumah dengan harga yang berpatutan dan ini perlu dilihat oleh perumahan negara
17. Kerajaan harus teliti dengan sistem kerajaan yang sedia ada dan mungkin ini akan mengakibatkan kerajaan menjadi kucar kacir dan akan memberi impak yang besar terhadap kerajaan 
18. Cuepacs berharap agar perkhidmatan sebagai pekerja berstatus kontrak yang tamat 31/12/15 dibatalkan 
19. Kerajaan perlu lihat mereka yang mempunyai kemahiran dan kelayakan akademik diberi keutamaan mengisi jawatan yang kosong 
20. Jumlah penjawat awam dan pesara kini telah mencecah sramai 2.8 juta 
21. Kerajaan perlu sentiasa mendengar suara penjawat awam 
22. Cuepacs juga membantah polisi KWSP untuk mengeluarkan duit pada umur 60 tahun
23. Penjawat awam berikrar akan sentiasa memberi servis yang baik terhadap pelanggan
24. Masih ada penjawat awam yang melakukan 2 hingga 3 pekerjaan pada masa yang sama untuk menampung perbelanjaan harian
25. Dasar kerajaan pekerja asing perlu dikaji semula hampir 7juta pekerja asing yang menetap di Malaysia 
26. Cuepacs berharap semua penjawat awan perlu bersatu untuk menjayakan visi dan misi kerajaan jawat awam perlu bersatu 
27. Gaji kumpulan pelaksana dan kumpulan sokongan perlu disemak dan memberi laluan kerjaya yang diceburi dan akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap penjawat awam untuk terus maju 
28. Struktur tangga gaji penjawat awam perlu dikaji semula 
 29. Kerajaan perlu melihat 231 jenis elaun dan dapat dilaksanakan dengan secepat yang mungkin
30. Kerajaan perlu membuat mekanisma yang baru untuk penjawat awam yang akan bersara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...