Jumaat, 13 Mac 2015

Cuepacs Bagi Cadangan KSN @AliHamsa55 Pening Kepala @NajibRazak


Baru baru ini cuepacs telah membuat cadangan yang tidak masuk akal supaya kerajaan melanjutkan usia berkhidmat dari 60 ke 62 tahun tetapi pada masa yang sama salah seorang penjawat awam berkerja sebagai PA kepada salah seorang Tan Sri di unit ICU di Jabatan Perdana Menteri telah mencecah umur 67 tahun masih lagi berkhidmat dengan jabatan kerajaan.

Apakah kerajaan pada masa ini sudah tidak mahu mengambil staf yang baru yang layak untuk mengantikan PA tersebut atau mungkin tiada seorang pun PA yang layak untuk mengganti PA tersebut. Setelah mendengar beberapa staf disitu ada yang mengatakan PA tersebut telah membuat surat sendiri dan telah menandatangani surat sambung beliau itu sendiri tanpa pengetahuan Tan Sri tersebut. Apa yang pelik pihak JPA telah memberi kelulusan terhadap PA tersebut atau mungkin PA tersebut telah berpakat dengan pegawai di JPA itu sendiri. Ini boleh dikatakan PA tersebut telah salah gunakan kuasa tetapi pihak atasan hanya berdiam diri diatas dasar kawan atau pun sebaliknya.

Kenapa masih ada pihak atasan yang masih ada sikap pilih kasih terhadap staf bawahan sedangkan ada penjawat awam yang telah lama berkhidmat dengan kerajaan tetapi tidak ada sebarang penghargaan dari pihak kerajaan. Dalam satu penyampaian sijil penghargaan kepada penjawat awam ada yang pernah mendapat lebih dari 2 kali dan ini akan membuatkan penjawat awam yang telah lama berkhidmat akan mula rasa kecewa dan mula membuat kerja sambil lewa dan beliau merasakan tahap prestasi penjawat awam itu mula menurun.

Dalam masa yang sama ada yang mengatakan pihak kerajaan telah membuat dasar bagi menghapuskan pembayaran gred duty terhadap penjawat awam yang akan bersara kerana kerajaan akan menaik kan gaji serta elaun penjawat awam dengan lebih tinggi bagi melaksanakan GST pada April 2015 yang akan datang. Dalam kajian tersebut penjawat awam yang bersara hanya akan mendapat pencen sahaja setelah tamat nya perkhidmatan pada usia 60 tahun.

Ada dikalangan penjawat awam yang sokong bahawa pemansuhan pembayaran gred duty kepada penjawat awam adalah lebih bagus kerana ada penjawat awam yang mempunyai jawatan Turus atau pun Jusa purata antara mereka akan mendapat gred duty lebih RM 500.000 apabila pegawai tersebut akan bersara.

Sikap pentingkan diri sendiri wujud dalam penjawat awam dan mereka sering menindas pegawai bawahan yang dikatakan tidak ikut arahan apakah ini dasar kerajaan sering mengkotak katik kakitangan awam peringkat rendah. Kerajaan perlu lebih mempunyai sikap terbuka dan bertolak ansur dalam menjalankan hukuman terhadap pegawai bawahan yang kurang kemampuan dari segi kewangan dan kerajaan juga haruslah bersikap berperikemanusiaan terhadap penjawat awam yang tidak mampu yang digariskan dibawah arus kemiskinan bandar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...