Ahad, 8 Februari 2015

@TengkuAdnanReal Melancarkan Kad Ceria Bagi Membantu Warga Wilayah Dengan Pelbagai Faedah


8 Februari 2015, 10.30 pagi di Kompleks SOGO, Kuala Lumpur  hari ini YB Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor telah melancarkan program Majlis Pelancaran Komuniti Ceria Wilayah Persekutuan 2015 yang diadakan pusat membeli belah Sogo Kuala Lumpur. Bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang mempunyai budaya kehidupan ceria dan gembira dengan tema yang bersesuaian melalui Kempen “Sayang dan Senyum” dan di samping Tema sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2015 iaitu “Wilayah Ku Ceria” yang dilancarkan baru baru ini.

Tengku Adnan berharapkan penduduk Wilayah Persekutuan mempunyai mesyarakat yang kukuh, harmoni dan ceria, serta negara yang berdaya tahan, kesejahteraan dan perpaduan merupakan elemen sosial yang perlu dititik beratkan. Kerajaan, melalui Kementerian Wilayah Persekutuan akan terus berusaha untuk meningkatkan kesedaran akan kepentingan budaya sosial yang positif. Usaha ini adalah amat penting bagi memastikan masyarakat terutamanya warga Wilayah Persekutuan lebih bertanggungjawab dalam mewujudkan perpaduan, keharmonian serta keceriaan dalam kalangan rakyat. 

Berdasarkan statistik, trend urbanisasi di Malaysia kini menunjukkan lebih 73% rakyat Malaysia memilih untuk menetap di kawasan bandar. Ini menyumbang kepada kepadatan demografik penduduk yang tinggi, khususnya di Kuala Lumpur dengan 1.6 juta penduduk, Putrajaya seramai 89,700 orang penduduk tidak termasuk yang datang setiap hari bekerja di Putrajaya (commuting residents) dan WP Labuan seramai 83,920 orang penduduk.


Daripada aspek densiti, secara purata, bagi setiap kilometer persegi (km2) kawasan Kuala Lumpur didiami hampir seramai 6,891 orang. Putrajaya mempunyai 1,478 orang bagi setiap kilometer persegi (km2) dan Labuan pula didiami hampir 955 orang bagi setiap kilometer persegi (km2). Dengan kepadatan pembangunan fizikal dan urbanisasi, sudah pasti pelbagai masalah dan cabaran akan menghimpit dan memberi tekanan kehidupan kepada warganya seperti kos hidup yang tinggi, masalah kesesakan lalu lintas dan lain-lain.   


Masalah-masalah ini sering kali mewujudkan tekanan kehidupan yang akan memberi kesan jangka panjang kepada individu itu sendiri, institusi kekeluargaan dan masyarakat serta pembangunan negara. Akhirnya amat mudah kita dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif yang bertujuan hendak menjejaskan perpaduan rakyat serta sokongan kepada Kerajaan. Ini secara tidak langsung akan menjadikan warga kota satu entiti masyarakat yang rapuh struktur, jati diri dan imbangan psikologinya. Justeru itu, saya melihat terdapat agenda sosial yang perlu diberi perhatian terhadap warga Wilayah Persekutuan khususnya yang hidup di kota sama ada di Bandar Raya Kuala Lumpur, Putrajaya mahupun Labuan. 

Di antara program peningkatan sosial yang kini giat dilaksanakan di peringkat Kementerian adalah seperti penyediaan rumah kos mampu milik kepada kumpulan berpendapatan empat puluh peratus (40%) terendah iaitu Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). 

Pengukuhan semangat kejiranan dan kekitaan serta mengambil berat di kalangan masyarakat setempat penting untuk bersama-sama membanteras pelbagai masalah sosial masyarakat. Dalam usaha mewujudkan masyarakat yang ceria dalam mengharungi kehidupan seharian yang semakin mencabar di Wilayah Persekutuan sejak kebelakangan ini, satu bentuk kempen yang agresif dan menyeluruh perlu dilaksanakan. 


Salah satu program utama di bawah inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensinya adalah Kad Ceria Wilayah Persekutuan. Kad Ceria Wilayah Persekutuan ini akan ditawarkan kepada penduduk Wilayah Persekutuan, tidak kira sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya mahupun Labuan yang berminat dan mereka akan mendapat beberapa faedah yang disediakan sama ada secara langsung oleh Kementerian atau rakan dagang yang terlibat iaitu Pasar Raya MYDIN, Berjaya Card (BCARD) yang mempunyai lebih 70 rakan niaga dan lebih 2000 outlet di Wilayah Persekutuan. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...