Ahad, 11 Januari 2015

Misi Bantuan Kemanusiaan BPUNWP Mengelami Kemalangan @TengkuAdnanReal @Najib Razak @Razlanrafii


Syukur Alhamdulillah kepada Semua Sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan BPUNWP kerana kita telah selamat sampai Di KL.Suka dan Duka kita tempuhi bersama dalam Misi ini demi untuk memastikan Mangsa Banjir dapat terbela dan Umno Wilayah Persekutuan Turut serta meringankan Sedikit beban Mereka.Satu pengalaman Yang sudah pasti tidak dapat dilupakan kepada semua Sukarelawan kerana keprihatinan UMNO WP  terzahir dengan Program ini.

Walaubagaimanapun,Kesukaan Kita dalam Misi ini terhenti seketika apabila Perjalanan Balik Kita drpd Parlimen Tanah Merah ke Kuala Lumpur telah Mendapat Kemalangan apabila Sebuah Van yang membawa 8 orang Sukarelawan telah terbabas lebih kurang jam 4.20pg bertempat di Benta Pahang.

4 Sukarelawan telah cedera dalam Kemalangan ini dan 3 Orang mendapat cedera Ringan dan Seorang Patah Kaki.Antara yang tercedera ialah Ketua Puteri Negeri Saudari Sharifah Aminah,Puan Hazrin Ketua Puteri Kepong,Puan Ekin SUK Puteri Negeri dan Saudara Along Pegawai khas Ketua Pemuda Negeri.



Saya Juga Ingin Mengambil kesempatan Kepada Seluruh Kepimpinan Negeri-negeri dan Bahagian-bahagian yang menghubungi saya,Sms Atau Whattapp mengucapkan Simpati terhadapat kamalangan yang ber kami adakan.

Terima Kasih Juga kepada Pengerusi Perhubungan Negeri dan Jawatankuasa yang telah memberi kepercayaan untuk melaksanakan Program ini.

Terima Kasih.
WP Prihatin dan Umno Terus membela Rakyat.

Mohd Rafi Alli Hassan
Pengerusi Program.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...