Rabu, 17 September 2014

PAS Pelawok Pelawok Pelawok Semua Janji PAS Pelawok Kehh Kehh Kehh #PRKPengkalanKubor


Lebih 23 tahun perintah Kelantan, kerajaan PAS negeri telah menipu rakyat Kelantan dengan pelbagai janji kosong dan semua itu hanyalah retorik semata-mata kerana undi dan kuasa politik. Sebelum ini mereka telah menjanjikan projek di Pengkalan Kubor. Pada ketika itu, rakyat Daerah Tumpat bangga apabila Nik Aziz mengumumkan beberapa projek besar akan dibangunkan di Tumpat, iaitu Projek Bandaraya Islam Pengkalan Kubor, Projek Pelabuhan Tumpat dan Projek Pembangunan Pelabuhan Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Sekarang sudah lebih dari 16 tahun berlalu, sebuah tongkang pun tidak nampak apa lagi Kapal Dagang. Kali ini mereka janji lagi kepada rakyat Pengkalan Kubor dengan sebuah Padang Bola.

Dalam banyak-banyak perkara, PAS tidak berpuas hati dengan gelaran ustaz oleh penduduk kampung kepada calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail dan menjadikannya sebagai isu dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang hari ini masuk hari keempat. Jentera parti itu gelisah apabila calon BN disegani oleh masyarakat Pengkalan Kubor dan menghina Mat Razi, 48, dengan berkata pengasas dan pemilik Maahad Tahfiz Pondok Simpangan itu tidak layak digelar ustaz dan meminta orang kampung tidak memanggilnya dengan gelaran itu. 

Calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, berkata Mat Razi tidak layak dipanggil ustaz kerana pernah bekerja sebagai penjawat awam dan berpakaian formal ketika menjalankan tugas. Calon BN itu dalam jawapan terhadap penghinaan itu berkata, beliau tidak pernah meminta sesiapapun memanggilnya ustaz tetapi penduduk kampung yang memberikan gelaran itu kepadanya. Beliau membuka pusat pengajian agama itu di atas tapak tanah miliknya yang diwakafkan dan seramai 50 pelajar sedang mengikuti pengajian agama secara percuma. Mat Razi, bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat sentiasa tenang dan tidak melatah dengan segala tohmahan yang dilemparkan malah dalam kempen-kempennya beliau hanya mahu fokus menyelesaikan masalah penduduk dan merancang pembangunan tambahan di kawasan itu. 

Pak Din antara penyokong PAS yang ditemui dan ditanya kenapa mereka mempertikaikan gelaran ustaz kepada Mat Razi. Bagaimanapun seorang penduduk Kampung Simpangan, Mohamad Asri Ismail, 51, berkata pembangkang "tidak berpijak di bumi nyata" dan mereka suka membuat fitnah bagi mengelirukan orang ramai khususnya pengundi di DUN Pengkalan Kubor. "Saya berkawan dengannya sejak kecil dan belajar pun di sekolah yang sama, saya sememangnya amat mengenali Mat Razi di mana di luar waktu pejabat, beliau mengajar mengaji al-Quran dan bidang ilmu agama yang lain," katanya. Katanya Mat Razi juga sering menyampaikan kuliah agama selepas solat Maghrib di Masjid Mukim Simpangan Hilir yang terletak bersebelahan dengan rumahnya dan disebabkan itulah beliau digelar ustaz. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...