Rabu, 17 September 2014

Datuk Mazlan Lazim Terima 12 Laporan Berunsur Fitnah Dalam #PRKPengkalanKubor



Tumpat, 17 Sept - Polis menerima sebanyak 12 laporan yang didakwa berunsur fitnah dan hasutan sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang masuk hari kelima hari ini. 

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata satu daripada laporan yang diterima itu disiasat mengikut Akta Hasutan 1948. "Saya menasihati mana-mana parti yang mengadakan ceramah agar tidak mengeluarkan kata-kata yang berbaur fitnah selain itu, kita harap tiada kain rentang yang berbaur fitnah di pamerkan sepanjang tempoh berkempen," katanya kepada dalam sidang akhbar di Pangkalan Gerakan Marin Pengkalan Kubor di sini, hari ini. 

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana penganjur ceramah yang tidak mematuhi peraturan pihak berkuasa. "Kita ingin kempen berjalan dengan aman dan harmoni, orang ramai yang menghadiri ceramah juga di nasihati agar tidak meletakkan kenderaan di merata tempat dan tidak membawa sebarang senjata berbahaya. "Jangan ada unsur khianat dilakukan seperti merosakkan atau mencabut bendera mana-mana parti yang diletakkan di tepi jalan," katanya. 

YDH DCP Dato' Mazlan bin Lazim, Ketua Polis Kelantan telah mengadakan sidang media di Martek PRK N. 01 Pengkalan Kubor . Dalam sidang media tersebut YDH Dato' KP Kn telah mengariskan beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh calon parti yang bertanding serta penyokong di Dun Pengkalan Kubor, antaranya :
  1. Calon/Wakil Calon hendaklah memohon permit polis bila mengadakan ceramah. Mereka juga dikehendaki mematuhi segala syarat-syarat permit.
  2. Tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh mengancam keselamatan dan memecah belahkan ketenteraman. 
  3. Kawal penyokong-penyokong yang dengar ceramah dari menaikkan perasaan marah parti lawan atau membuat bising yang keterlaluan. 
  4. Tidak membawa senjata salah ditempat ceramah. 
  5. Tidak memasang alat siaraya dengan kuat sehingga mengganggu jiran-jiran lain. 
  6. Tidak memasang banner/banting/poster dan lain-lain dikawasan atau ditempat yang sepatutnya - seperti papan tanda jalanraya, masjid, hospital dan lain-lain.
  7. Tidak meletak kenderaan sewenang-wenangnya sehingga menghalang perjalanan lalulintas. 
  8. Tidak melakukan bergaduh gempar. 
  9. Tidak melakukan sebarang khianat terutama ke atas bendera/banner lawan. 
  10. Tidak menyebarkan fitnah atau khabar angin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...