Selasa, 19 Ogos 2014

@Moa_gov Mensasarkan 1,000 Produk Tempatan Di Pasarkan Di Xi'an China Tahun 2015 @Ismail_Sabri60 #DSIS



Putrajaya: Semalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan mengeksport 1,000 jenis produk makanan tempatan ke pasaran China, pada tahun 2015 pada tahun depan. 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) berkata, bagi mencapai matlamat Kementerian Pertanian pihaknya menyasarkan seramai 300 usahawan tempatan dari seluruh negara akan terbabit untuk menyediakan produk makanan yang mencukupi untuk di eksport ke negara China dan ke negara negara yang berkenaan. 

Dato Seri Ismail Sabri juga berkata, bagi merancakkan aktiviti perdagangan ekonomi di antara kedua-dua negara, pengimport dari daerah Xi’an, China bersetuju mengimport produk agromakanan untuk dipasarkan ke negara berkenaan. “Dua pengimport utama berkenaan adalah dari San Bao Shuanxi Halal Mart Supermarket (SBSHMS) dan Regal Plus Trading Limited (RPTL) yang akan membawa produk kita ke China. 

Menerusi kerjasama ini, MOA berharap supaya produk keluaran tempatan akan terus dipasarkan diseluruh negara dan bukan sahaja di pasaran Xi’an, malah ke seluruh Negeri China,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan pemilik SBSHMS Abu Bakar Sha, di sini, semalam. 

Ketika ini, 200 produk agromakanan sudah berada di pasaran Xi’an. Pada majlis sama, Abu Bakar Sha juga akan memilih 1,000 produk daripada 300 pengusaha industri asas tani tempatan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...