Isnin, 11 Ogos 2014

Kerajaan Harus Kaji Akta Hasutan DiLaman Sosial @MuhyiddinYassin @Ismail_Sabri60 #DSIS



Kerajaan bersedia meminda Akta Hasutan dan undang-undang lain yang sedia ada bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu yang menggunakan media sosial untuk menghina agama atau menyebar kenyataan berunsur hasutan tanpa mengira kaum dan agama. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kabinet memberi jaminan tindakan itu akan dilakukan bagi memastikan individu atau pihak-pihak terbabit tidak terlepas daripada dikenakan tindakan tegas untuk mengelakkan negara menjadi huru-hara ekoran perbuatan tidak bertanggungjawab itu. "Jika undang-undang yang sedia ada tidak cukup kuat, kita akan pinda dan cari jalan supaya pihak berkuasa sama ada Jabatan Peguam Negara atau polis tidak boleh beri alasan mereka tidak mengambil tindakan kerana tidak mempunyai peruntukan undang-undang. 

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan dipertanggungjawab dalam soal multimedia, manakala Jabatan Peguam Negara akan melihat dari segi perundangan yang mana jika memerlukan Akta Hasutan dan akta lain perlu diperkukuhkan lagi maka ia harus dilakukan," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Bera di sini semalam. 

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Bera yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin. Muhyiddin berkata, mendepani media sosial merupakan antara cabaran hebat yang perlu dihadapi oleh kerajaan pada masa kini sama seperti yang dihadapi oleh kerajaan lain di seluruh dunia.


Dalam masa yang DS Ismail Sabri telah melancarkan tabung Gaza untuk membantu penduduk Gaza yang mengalami kesusahan dan penderitaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...