Jumaat, 4 Julai 2014

@TengkuAdnanReal Sedih Apabila Niat Baik Serta Perihatin Terhadap Gelandangan Disalah Erti Oleh Rakyat @NajibRazak


Dato Seri Tengku Adnan sedih apabila kenyataan beliau sering disalah ertikan oleh segelintir rakyat dan memutarbelitkan kenyataan 

Semalam DS Tengku Adnan telah dikritik  dan disebarkan secara meluas di dalam media media sosial seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya. 

Menurut DS Tengku Adnan Bin Tengku Mansor selaku Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan beliau mengambil satu inisiatif yang berani cuba mendekati gololongan gelandangan yang merayau di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur tampa hala tuju. 

Tujuan DS Tengku Adnan adalah dengan rasa rendah diri serta perihatin beliau ingin mengambil satu pendekatan  yang berani  dan cuba mendekati terhadap golongan gelandangan ini supaya mereka ini tidak lagi merayau di sekitar bandar tampa hala tuju supaya mereka ini dapat diberi satu kehidupan yang selesa kepada golongan gelandangan supaya ini dapat menjalani kehidupan seperti rakyat biasa yang sedia kala. 

Oleh yang demikian pihak KWP bersama DBKL telah mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk bagi penempatan golongan ini dengan menyediakan bangunan yang konsep “Anjung Singgah” yang akan menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan gelandangan seperti: 

1. Menyediakan makanan yang berkhasiat secara percuma dan pihak NGO juga dialu-alukan untuk menyumbang makanan di pusat pengumpulan golongan tersebut; 

2. Menyediakan tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada golongan ini; 

3. Menyediakan pusat rawatan kesihatan bagi memastikan tiada masalah penyakit berjangkit akan tersebar oleh golongan ini; 

4. Menyediakan pusat pendaftaran bersepadu yang akan merekod perihal golongan ini dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk maklumat diri, waris dan sebagainya; 

5. Menyediakan kemudahan riadah, mendobi pakaian dan sebagainya untuk kesihatan dan kekemasan diri.

Berikut adalah kumpulan NGO yang dikenal pasti aktif membantu golongan gelandangan di Kuala Lumpur: 

  1. Gosm (The Gospal Of Salvation Mission Society); 
  2. Precious Children Home; 
  3. Kecana Soup Kitchen; 
  4. Pj Caring Home; 
  5. Kenosis Home; 
  6. KL Urban Fellowship; 
  7. Reach Org. Sdn. Bhd. 
  8. Nineteen O One Sdn. Bhd. 
  9. Yayasan Kebajikan Negara; 
  10. Archdiocesan Office For Human Development (Aohd); 
  11. Grace Community Service; 
  12. Community Excel Service 


Berikutan itu, tiada sebarang persoalan yang timbul mengatakan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu menghentikan atau menghalang mana-mana pihak serta NGO untuk terus menderma dan melakukan kerja-kerja amal seperti kebiasaaan. 

Cuma kaedah dan lokasi yang tidak sesuai perlu diambil kira. Ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan akan datang timbul seperti keracunan makanan akibat kekotoran, kencing tikus, masalah kebersihan yang berlarutan, kecacatan pemandangan kawasan tumpuan pelancong dan sebagainya. 

Usaha ini memerlukan penglibatan semua pihak, dan kerajaan tidak sewenangnya meletakkan ketetapan seperti berikut dan ianya selepas mendapat persetujuan serta perbincangan agensi berkaitan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...