Rabu, 4 Jun 2014

@ALIHAMSA55 KENAPA ADA PEGAWAI KKM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT SALAH ISU DNA BABI

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa perlu bertindak segera supaya penyampaian maklumat terhadap masyarakat akan menjatuhkan intitusi kerajaan dan secara lazim nya kakitangan kerajaan yang menjadi penyebar maklumat yabg salah terhadap rakyat diluar sana.

  

DNA Babi - Kenapa JADI PANIK dan GEMPAR?

Ketua Pengarah Kesihatan TIDAK merujuk Jawatankuasa Pensijilan Halal sebelum mengeluarkan kenyataan yang mengakibatkan KEGEMPARAN dan KERUGIAN kepada syarikat terbabit.

Siapakah Jawatankuasa Pensijilan Halal yang tidak dirujuk oleh KSU KKM?

Pertama, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri yang dibantu oleh -
  1. KPDNKK
  2. Kem. Perdagangan & Industri (MITI) - Matrade, Mida, HDC dan SME Corp.
  3. MOSTI - Jabatan Standard Malaysia serta Jabatan Kesihatan Malaysia pula menyediakan makmal analisa untuk sampel bagi tujuan pensijilan halal.
  4. Kementerian Kesihatan Malaysia - perkongsian kepakaran teknikal teknologi makanan dan keselamatan.
  5. MOA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Kedua, Jawatankuasa Halal Dalaman Cadbury yang ditubuhkan bagi memastikan syarikat mematuhi syarat-syarat dan standard pensijilan HALAL yang ditetapkan.




Apa kata KP JAKIM tentang KKM?
  1. Isu ini kecoh dan meresahkan masyarakat apabila maklumat keputusan ujian makmal KKM dibocorkan dalam media sosial termasuk Facebook pada 23 Mei lalu sedangkan kami tidak tahu. Kuasa yang diberikan kepada makmal itu adalah memastikan bahan dalam sesuatu produk sama dengan yang tercatat di bungkusan.
  2. KKM hanya diberikan kuasa di bawah Akta Makanan 1983. Kalau bab halal ini, tindakan diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. Sebab itu, kami tidak boleh ambil keputusan ujian daripada KKM. Dari segi perundangan, hanya pegawai Jakim mempunyai kuasa untuk ambil sampel dihantar ke makmal dan untuk di bawa ke mahkamah. Bagi makmal KKM, Jabatan Standard Malaysia hanya memberikan akreditasi tidak sampai kepada ujian porcine tetapi hanya untuk proses makanan berasaskan daging dan susu.
  3. Sampel yang diambil oleh KKM adalah yang ada di pasaran. Kita tidak tahu apa yang berlaku di luar sana. Sebagai contoh, seekor ayam yang disembelih secara halal dan diberikan pensijilan keluar ke restoran dan dimasak dicampur dengan babi. Adakah kita hendak salahkan rumah sembelihan atau salahkan orang yang beri sijil halal sebab ia sudah di luar kawalan.



Ini puncanya - maklumat yang dibocorkan oleh sumber dalaman KKM tanpa mengetahui hujung pangkal
  1. Sampel itu datang daripada mana? Malaysia atau negara jiran? Coklat lain yang disamarkan dengan bungkusan Cadbury? Sampel dari syarikat pesaing?
  2. Siapa yang membocorkan maklumat ini? Apa tindakan yang patut diambil ke atas pegawai atau kakitangan makmal KKM ini yang telah membocorkan maklumat tanpa merujuk prosedur dan ketua jabatan dan kementerian.
  3. Kenapa Ketua Pengarah KKM terlalu cepat membuat kenyataan berkaitan status HALAL produk? Hari ini Cadbury, esok mungkin lebih banyak lagi syarikat teraniaya apabila Kementerian tidak memahami autoriti dalam sesuatu bidang. Apakah tindakan pembetulan yang wajar dilakukan untuk membetulkan keadaan?

Apa kata Timbalan Menteri Kesihatan?

Kementerian Kesihatan mengaku melakukan kesilapan ketika membuat pengumuman mengenai ada kesan DNA babi di dalam coklat Cadbury sebelum ujian kali kedua dilakukan bagi mengesahkan kesahihan kandungan tersebut.
DNA babi: Ada pegawai bocor maklumat 
belum 




Kementerian Kesihatan mengaku melakukan kesilapan ketika membuat pengumuman mengenai ada kesan DNA babi di dalam coklat Cadbury sebelum ujian kali kedua dilakukan bagi mengesahkan kesahihan kandungan tersebut.

Justeru, pihaknya memandang serius mengenai kemungkinan ada pegawai kementerian yang membocorkan hasil laporan awal itu kepada orang ramai.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, individu dalam kementerian terbabit tidak seharusnya bertindak secara terburu buru membocorkan maklumat awal ujian coklat kepada media sosial sebelum ujian makanan  dijalankan kali kedua ke atas coklat.

Keputusan pertama boleh jadi ada elemen-elemen pencemaran.

“Orang ramai tidak perlu panik dan keliru malah boleh meyakini siasatan ujian makmal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang telah membuat pengesahan bahawa produk Cadbury tidak dicemari DNA babi.

"Satu kesilapan telah dibuat oleh pegawai kita sendiri kami sedang menjalankan siasatan dalaman. Kami tak pasti siapa individu bertanggungjawab itu dan KKM sedang melakukan siasatan dalaman  bagi mengenal pasti pegawai itu bagi mengambil tindakan yang sejawarnya mengikut jenis kesalahan," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa ke22 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway Pyramid Petaling Jaya di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama,  Hilmi berkata, sebarang keputusan berkenaan status halal atau haram melibatkan sesuatu produk adalah bidang kuasa JAKIM dan akan diuruskan jabatan itu pada masa akan datang.

Bagaimanapun, beliau menolak kewujudan sebarang unsur sabotaj melibatkan isu kebocoran ujian awal coklat Cadbury itu.

"JAKIM dan KKM melakukan ujian makmal guna standard prosedur yang sama untuk mendapatkan keputusan. KKM mempunyai lebih 15 makmal bagi tujuan itu tetapi ujian coklat Cadbury dibuat di Sungai Buloh sebelum ia terbocor tanpa pengesahan dalam ujian awal Februari lalu,” jelasnya.

"Kita buat test dan sekiranya ada unsur haram atau tidak halal pada ujian sebarang produk pada masa akan datang, kita akan beritahu JAKIM segera dan terpulang kepada jabatan itu untuk bertindak sewajarnya," katanya.

Semalam JAKIM dalam satu kenyataan memberitahu coklat susu Cadbury Rose Almond dan Hazelnut adalah halal  dan selamat dimakan selain kesanggupan jabatan itu memakan coklat itu untuk membuktikan kenyataan mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...