Isnin, 26 Mei 2014

@AliHamsa55 KSN Akan Merasmikan Pembukaan Pasar Tani JPM Untuk Program Jimat Belanja Dapur @IsmailSabri60 #DSIS

Pasar Tani JPM akan diperkenalkan tidak lama lagi kepada penduduk Putrajaya serta Kakitangan Perkhidmatan Awam yang berkerja disekitar Putrajaya dan kakitangan JPM bagi pendekatan kearah penjimatan untuk semua Kakitangan Awam bijak berbelanja barang keperluan harian seperti ikan, daging dan sayur-sayuran segar dan harga yang berpatutan. 

Program ini juga telah mendapat persetujuan dari Ketua Setiausaha Negara YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa untuk melancarkan satu program merakyatkan Perkhidmatan Awam yang akan  membawa satu pendekatan penjimatan selaras dengan kos pendapatan kakitangan awam yang ada pada masa kini. 

Pasar tani ini akan diadakan di tempat letak kereta di belakang kompleks Kerajaan JPM Parcel B, Pasar tani akan diadakan sekurang kurangnya dua (2) kali sebulan, iaitu pada setiap hari Rabu bagi minggu pertama dan minggu ke tiga setiap bulan mulai jam 12.00 tengahari hingga 7.00 malam. 

Pelbagai produk akan diniagakan meliputi bahan makanan basah dan kering, makanan diproses, buah-buahan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman, daging lembu tempatan, ayam, ikan, barang runcit, produk IKS, makanan, minuman dan pelbagai barangan lain yang berkaitan produk pertanian.

Warga kakitangan awam adalah digalakkan berkunjung ke pasar tani ni bagi menyokong kempen ‘Jimat Belanja Dapur”.

Sehubungan itu, kerjasama semua Pegawai Perhubungan Awam adalah dipohon untuk menguar-uarkan kepada semua warga kerja di Kementerian / Jabatan / Agensi masing – masing bagi membantu mempromosikan pasar tani ini.
Bersama ini disertakan poster dan e-banner untuk dimasukkan di laman portal. Kerjasama dan perhatian Tuan / Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“AYUH BERBELANJA DI PASAR TANI JPM: AGRO @JPM”




“Program Jimat Belanja Dapur” yang dilancarkan oleh Kerajaan, JPM dengan kerjasama FAMA dan Perbadanan Putrajaya akan membuka Pasar Tani JPM: Agro @JPM  bertempat di Parking Belakang Blok B7, mulai 4 Jun 2014. Manakala majlis perasmian adalah pada 18 Jun 2014 oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...