Khamis, 1 Mei 2014

Demo Jalanan Dalam Bantahan #GST Boleh Disabitkan Sebagai Pembunuh

Satu kejadian yang tidak diingini apabila mendapat berita bahawa ada seorang daripada Unit Amal PAS yang dikatakan meninggal dunia akibat daripada pergaduhan yeng tercetus semasa himpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka petang tadi.

Pergaduhan tersebut melibatkan pengikut PAS dan SAMM (PKR) dan seorang daripada Unit Amal PAS telah ditikam serta meninggal ditempat kejadian dan perkara ini perlu diambil berat berkuasa sama ada mengenakan hukuman dan menyalahkan pihak penganjur atau pun peserta demo dari mana mana pihak.

Pihak yang perlu bertanggungjawab sebenarnya adalah pihak Peguam Negara dan Badan Kehakiman yang mana jika demonstrasi ini tidak dibenarkan, maka kejadian sebegini tidak akan berlaku.

Tapi apa yang berlaku baru baru ini, apabila Nik Nazmi dibebaskan dari tuduhan menganjurkan himpunan haram oleh mahkamah jelas menunjukkan seolah olah Mahkamah bersetuju dan merestui apa yang dilakukan oleh pengikut pakatan pembangkang.

Dengan pembebasan tersebut juga telah membuatkan pakatan pembangkang mengambil keputusan dan menggunakan alasan yang digunakan oleh mahkamah itu untuk mengadakan himpunan tersebut.

Alasan yang diberikan oleh mahkamah ini juga yang digunakan oleh penganjur himpunan GST kali ini untuk mengadakan demonstrasi sehingga melibatkan pergaduhan dan perkara ini seharusnya dapat dielak daripada berlaku.

Himpunan Bantah GST : Pergaduhan Antara Unit Amal…:
http://youtu.be/S8PIYvbN118


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...