Ahad, 27 April 2014

@IsmailSabri60 #DSIS Pertanian Dalam Bandar Satu Kaedah Untuk Meringankan Beban Rakyat @NajibRazak

Sejak tahun 2010 lagi Kementrian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperkenalkan pertanian dalam bandar terutamanya disekitar Putrajaya. Sejak mula diperkenalkan dan membenarkan penduduk Putrajaya telah bercucuk tanam seperti sayur sayuran dan buah buahan banyak hasil yang telah diperolehi oleh penduduk di Putrajaya terutamanya di presint fasa 4 yang telah memberi peluang kepada penduduk Putrajaya mengusahakan tanah yang terbiar untuk membuat pertanian secara gotong royong bersama penduduk.

Selain itu juga hasil dari pada pertanian tersebut dapatlah meringankan beban penduduk di Putrajaya dengan hasil sayuran yang di tanam. Dengan hasil ini penduduk Putrajaya dapat mengurangkan kos sara hidup.

Memang pertanian sesuatu yang mampu untuk mengubah kehidupan, tambahan pula di bandar bandar yang agak besar, sudah tentulah kos sara hidup juga agak besar berbanding dengan kampung.

Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga menyediakan peruntukan sebanyak RM 1 juta bagi menyokong program ini dan terpulang kepada mereka mereka yang berada dibandar sama ada berminat ataupun tidak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...