Isnin, 20 Januari 2014

@NajibRazak @AliHamsa55 KSN Masih Belum Terjawab Isu Kakitangan Sokongan Ditukarkan Sesukahati @TKSUKJPM


ADAKAH DISEBABKAN SATU TWITT SEORANG KAKITANGAN AWAM DITUKARKAN SESUKAHATI DIMANAKAH SLOGAN PENJAWAT AWAM "MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM"


Adakah disebabkan dengan satu twitter?. Adakah dengan mengeluarkan SOP hanya untuk menghukum seseorang adalah dikatakan berjiwa rakyat?. Dan adakah dengan menukarkan Kakitangan bawahan tersebut membolehkan dikatakan menjiwai hati rakyat.?

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menggesa pegawai dan kakitangan awam memperkukuhkan budaya kerja berprestasi tinggi kerana ia sangat penting dalam persekitaran global yang semakin kompetitif.

Menurutnya, pengukuhan itu meliputi peningkatan daya saing Malaysia di persada antarabangsa seperti mana dicapai oleh negara yang menduduki tempat keenam Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014. 

Dalam masa yang sama, tambahnya, konsep 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' yang mengandungi enam prinsip antaranya turun padang, keterbukaan, musyawarah dan sebagainya perlu menjadi teras budaya kerja pada hari ini."Harapan besar diletakkan terhadap penjawat awam kerana anda merupakan ejen transformasi paling hadapan serta perantara rakyat dan kerajaan dalam menterjemahkan wawasan negara," katanya ketika berucap dalam Majlis Penganugerahan Diploma Pengurusan Awam (DPA) Tahun 2013 di sini hari ini. 

Dalam majlis tersebut, Ali menyampaikan DPA kepada 735 Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang menamatkan kursus enam bulan.Ali menambah, pengumuman 11 langkah perbelanjaan berhemat sektor awam baru-baru ini merupakan sumbangan kerajaan dalam usaha memastikan dana awam dibelanjakan secara berhemat dan berpatutan.

"Pelaksanaannya yang turut membabitkan pegawai kanan kerajaan menunjukkan kita sentiasa bersama rakyat dan selaras dengan konsep 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam'," katanya. Ali menegaskan, anggota perkhidmatan awam perlu berpegang kuat kepada prinsip taat setia tidak berbelah bahagi kepada negara, Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan yang memerintah serta tidak sesekali mengutamakan kepentingan diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...