Isnin, 20 Januari 2014

Kakitangan Di Zalimi KSN @Alihamsa55 Sila Jawab Pertukaran Kakitangan Sokongan Ditukarkan Tanpa Sebab @NajibRazak @TKSUKJPM

Adakah ini dikatakan kerajaan berjiwa rakyat bila pihak atasan dengan sewenang wenangnya menukarkan kakitangan bawahan dengan tanpa sebab.
  
Atas desakan para blogger Perdana Hitam terpaksa akur dan ingin mengetahui apakah sebab menyebab ramai kakitangan bawahan sering di tindas dan apabila tak digemari ditukarkan dengan sesukahati. Mungkin ramai kakitangan sokongan telah banyak terniaya dan di campak kan sesuka hati.  

Hanya dengan disebabkan satu twitter yang telah di hantar ke KSN apabila Perdana Hitam ingin mendapatkan penyelasan dari pihak atasan tentang SOP yang di keluarkan serta merta dan dikuat kuasakan serta merta dan buat dengan tanpa berbincang dengan kakitangan bawahan ditukarkan dengan ke Organisasi yang lain.  

Hanya kerana ingin mendapatkan pembelaan dari pihak KSN atau pun dari pihak yang lebih tinggi akhirnya Perdana Hitam telah di campak dan tukarkan ke Organisasi yang lain kerana tidak berpuas hati dengan tindakan yang di buat oleh Perdana Hitam. Adakah ini adil???  

Terdapat banyak lagi kesalahan yang telah pegawai lakukan seperti menyeleweng duit kerajaan , menangguh pembayaran bil selama setahun tetapi tidak langsung diambil tindakan yang sewajarnya tetapi dengan hanya twitter terus di tukarkan ke Organisasi yang lain. 
 
Dengan ini Perdana Hitam inginkan penjelasan dari pihak KSN untuk menjawab kenapa kakitangan sokongan seperti Perdana Hitam ditukarkan tanpa sebab setelah 14 tahun berkhidmat dengan kerajaan dan tidak pernah mendapat khidmat cermerlang atau pun penghargaan dari pihak kerajaan .  

Perdana Hitam telah banyak memainkan peranan dalam menentang cybertrooper dari pihak pembangkang yang telah menghasut ramai kakitangan awam dengan menyembarkan fitnah terhadap pemimpin kita iaitu PERDANA MENTERI ( Najib Razak) dalam membantu kerajaan menyebarkan segala kebaikan yang telah kerajaan lakukan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...