Ahad, 5 Januari 2014

KSN @Alihamsa55 Perlu Mengambil Langkah Berani Bagi Mengelak Pembaziran @NajibRazak @TKSUKJPM

Ketua Setiausaha Negara perlu mengambil langkah yang berani serta memberi kepercayaan sepenuhnya kepada semua kakitangan awam yang akan menghabiskan masa melakukan kerja kerja di rumah bagi mengelakkan pembaziran yang akan menggugat kewangan negara yang melambung tinggi.

Ketirisan dan pembaziran di sektor awam sering menjadi perbualan di kalangan rakyat. Bagi rakyat, mereka tidak boleh menerima sebarang ketirisan dan pembaziran yang boleh menggugat kedudukan kewangan negara. Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia, langkah kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan bermula tahun 2014 merupakan satu tindakan yang selama ini menjadi antara isu utama dalam kalangan rakyat.

Antara langkah yang diumumkan oleh kerajaan ialah mengurangkan kos utiliti elektrik sebanyak lima peratus di kesemua premis kerajaan. Selalu sahaja berlaku pembaziran elektrik seperti lampu-lampu masih menyala tatkala para pekerja sektor awam sudah pulang ke rumah. Begitu juga, langkah kerajaan membekukan permohonan baru bagi mengubah suai ruang pejabat merupakan antara langkah yang boleh mengurangkan perbelanjaan sektor awam.

Pengubahsuaian ini kadang kala tidak memberi apa-apa erti kecuali bertujuan mencantikkan ruang pejabat. Tidak diketahui sejauh manakah produktiviti para pekerja dapat dipertingkatkan.Satu perkara yang perlu diperhatikan adalah pembelian barangan pejabat yang harganya keterlaluan melebihi harga pasaran.

Bagi pembekal pula, inilah masanya untuk mengenakan harga yang mahal dan akhirnya yang rugi rakyat itu sendiri kerana terpaksa menanggung harga yang berlebihan. Walhal wang lebihan tersebut boleh digunakan untuk pelbagai manfaat kesejahteraan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...