Sabtu, 8 Jun 2013

Benarkah Satpol Baru PM Tidak Membantu Dalam PRU13 @NajibRazak @TengAdnanReal




Terbayang Perdana Hitam ketika Perdana Hitam bertarung dalam PRU13 di Putrajaya untuk mempertahankan Putrajaya dari di rampas oleh Puak PAS akhirnya “Lembu punya susu Sapi dapat nama”. 

Itulah rintihan rintihan Pemuda Putrajaya yang berasa tidak puas hati dengan perlantikan Satpol PM baru baru ini iaitu salah seorang EXCO PPUM serta beliau adalah ahli UMNO Putrajaya yang dikenali Dato Khairun Aseh tidak pernah melibatkan diri serta membantu pemuda Putrajaya untuk mempertahankan Setiausaha Agong Umno merangkap Ahli Parlimen Putrajaya iaitu Tengku Adnan Bin Tengku Mansor semasa PRU13 di Putrajaya. 

Pemuda Putrajaya merasa seolah olah ditipu ataupun dipermainkan oleh sesetengah individu dalam arus dunia politik untuk kepentingan peribadi atau pun sebaliknya. 


 1)   Apakah sumbangan Dato Khairun dalam Putrajaya sehingga boleh menjadi Satpol PM???.

 2)   Adakah disebabkan bawa wanita dari Lombok boleh terus dilantik sebagai Satpol PM???. 

 3)  Adakah tidak ada seorang pun dari PPUM yang layak untuk memegang jawatan Satpol PM   kecuali Dato Khairun????. 

 4)  Dan adakah disebabkan bapa Dato Khairun iaitu Aseh Che Mat mengunakan jawatan Presiden Perbadanan Putrajaya melobi PM untuk anaknya menjadi Satpol.

Semua itu tertanya tanya dalam pemikiran Pemuda Putrajaya malah ada juga dikalangan blogger blogger ingin mendapatkan jawapan yang sebenar. Akibat jawatan Satpol PM yang di pegang oleh Dato Khairun akhirnya Pemuda Putrajaya mula menjadi haru hara serta mula bermusuhan antara satu sama lain. Adakah ini yang PM inginkan atau perancangan PM untuk menghancurkan Pemuda Putrajaya.

Inlah suara suara yang didengari 

http://kulaanniring.blogspot.com/2013/06/siri-1-anak-buah-khairun-aseh-pun-macam.html?m=1 

http://keris7lok.blogspot.com/2013/06/mana-setpol-baru-najibrazak-ketika.html 

http://muzammilarif.blogspot.com/2013/06/blogger-jalan-di-pandang-sebelah-mata.html

1 ulasan:

  1. 3 blog rujukan itu pro tun faisal. cuba semak dgn blog atau laporan lain, tq

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...