Selasa, 8 Januari 2013

KSN Mengingatkan Kakitangan Awam Menerajui Perubahan Zaman

KANGAR - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengingatkan penjawat awam agar mencipta kejayaan baharu dan berusaha menerajui perubahan sepanjang masa untuk mengelakkan budaya jumud di kalangan kakitangan kerajaan.

Berucap pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 4,000 penjawat awam Perlis di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Ulu Pauh dekat sini hari ini, Ali berkata, penjawat awam tidak boleh bergantung dan bersandarkan kepada kejayaan silam sahaja.

"Kita tidak perlu menunggu satu-satu pekeliling atau dasar bertulis dikeluarkan untuk bertindak, sebaliknya lebih proaktif untuk memudahkan dan bukan menyusahkan," katanya.

Manurut Ali, antara kejayaan yang dicapai perkhidmatan awam ialah pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang membabitkan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan.

Katanya kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah NBOS telah berjaya mengurangkan kadar jenayah.

Mengenai pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, beliau mahu penjawat awam lebih peka dan bertanggungjawab dalam melaksanakan apa jua perkara yang diputuskan kerajaan.

Katanya, mereka perlu bertindak selangkah ke hadapan bagi memastikan keputusan kerajaan termasuk apa yang diputuskan pada Bajet 2013 dilaksanakandengan jayanya.

Beliau berkata, sebelum ini ukuran pencapaian berdasarkan produktiviti namun ukuran itu kini ditambah baik melalui kreativiti dan inovasi supaya wujud anjakan kecekapan dan keberkesanan berganda dalam perkhidmatan awam.

Ali turut menggesa penjawat awam agar sentiasa seiringan dengan kerajaan untuk meletakkan ekonomi negara pada kedudukan 10 negara paling kompetitif di dunia dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, kaji selidik 'Institute for Management Development, Switzerland' telah meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-14 sebagai negara paling kompetitif pada masa ini berbanding ranking ke-16 pada 2011.

Beliau turut menekankan tentang pelaksanaan konsep 'merakyatkan perkhidmatan awam' yang bertujuan memberikan kesedaran kepada penjawat awam untuk terusmeningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau juga berharap ketua-ketua jabatan 'turun padang' dengan lebih kerap kerana perkhidmatan kepada orang awam di peringkat negeri lebih mencabar danmenjangkaui hingga ke akar umbi seperti di daerah-daerah dan kampung-kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...