Rabu, 9 Januari 2013

Dimanakah Nasib Kami Blogger Pro UMNO @NajibRazak @DrNovandri

Doc disamping gambar DS Najib Tun Razak yang tertera 
"Ya Allah... Berkatilah Perjuangan Kami"

Dimanakah nasib blogger Pro UMNO seperti kami tidak dapat sokong dari ahli ahli tertinggi Majlis UMNO apabila salah seorang dari Blogger Pro UMNO yang memperjuangkan Parti UMNO akhir tidak dapat sokongan  daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Menteri Menteri Kabinet yang lain.

Beginilah nasib kami blogger Pro UMNO yang sering tidak diindahkan oleh Ahli Tertinggi UMNO serta Barisan Barisan UMNO dan kami juga blogger Pro UMNO sentiasa  memperjuangkan nasib Ugama , Bangsa dan Negara tanpa mengira masa dan waktu. Dimanakah slogan UMNO yang sering di laungkan oleh ahli UMNO serta Ahli Tertinggi UMNO itu sendiri:

                         BERSATU KITA BERSATU
                         DENGAN IKLAS BERGANDING BAHU
                         JIWA TEGUH BERPADU
                         KITA RUMPUN MELAYU


*Petikan dari Blog  http://yuseriyusoff.blogspot.com

Sejak jam 8.00 pagi sakan blogger-blogger pembangkang melaporkan bahawa blogger pro UMNO Dr. Novandri atau Dr. MiM membuat permohonan maaf kepada Khalid Samad dan memohon kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah. 

Setelah terbaca laporan tersebut, saya bertindak menghubungi Dr.Novandri (Doc) untuk bertanyakan sama ada laporan tersebut benar atau tidak, kali pertama panggilan saya tidak dijawab oleh Doc.

Selang beberapa minit Doc membalas panggilan saya, dalam perbualan itu saya bertanyakan perkembangan kes tersebut, katanya benar dia memohon untuk diselesaikan di luar mahkamah dengan membuat permohonan maaf dan menyiarkan permohonan tersebut di laman blognya. 

Bukan itu sahaja, Doc juga perlu membayar sejumlah wang ganti rugi dalam tempoh yang ditetapkan kepada Khalid Samad, angka tersebut tidak perlu dinyatakan di sini, tetapi jumlahnya agak besar bagi orang-orang biasa seperti kami. 

Sekarang separuh daripada jumlah ganti rugi yang dituntut oleh Khalid Samad telah berjaya dikumpulkan dengan bantuan pihak yang selalu dibela oleh bloggers-bloggers Penang. Pun begitu, pihak yang dimaksudkan oleh Doc dikatakan tidak mampu untuk menyelesaikan semua jumlah ganti rugi tersebut, dengan alasan tiada wang yang diperuntukkan untuk kes yang dihadapinya. 

Jika dahulu mereka mengatakan tiada peruntukkan untuk menyediakan peguam mewakili Doc, kini setelah Doc secara berani membuat permohonan maaf dan memohon kes diselesaikan di luar mahkamah dengan jumlah ganti rugi tertentu. 

Pihak yang sering dibela oleh bloggers-bloggers Penang ini turut beralasan tiada peruntukkan untuk membantu dia menjelaskan ganti rugi dalam kes tersebut. Namun dari sudut lain, tindakan Doc harus dipuji dan dijadikan contoh kepada bloggers-bloggers lain. Doc berani bertanggungjawab di atas segala tulisan beliau.

Akhir sekali tiba-tiba muncul di benak fikiran saya, adakah nasib yang menimpa Doc adalah bukti 'pengiktirafan' kepada bloggers dan pejuang siber sebagaimana dilaung-laungkan oleh pembesar-pembesar parti Melayu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...