Ahad, 2 Disember 2012

Harimau Malaya Mengeluarkan Taring Untuk Baham Garuda Indonesia


HARIMAU MALAYA 2 - 0 GARUDA INDONESIA


Kekalahan Pasukan Garuda Indonesia menentang Pasukan Harimau Malaya ternyata anak buah K. RajaGobal iaitu Pasukan Harimau Malaya telah mengeluarkan taring yang tajam dan sentuhan berbisa ketika menentang Garuda Indonesia telah membuat Pasukan Garuda Indonesia kepatahan sayap dan terkulai layu membuatkan Pasukan Garuda Indonesia terpaksa tunduk dengan Pasukan Harimau Malaya.


Kebangkitan Pasukan Harimau Malaya nyata terserlah apabila kutukan dan tomahan yang di lemparkan keatas Pasukan Harimau Malaya ketika menentang Pasukan Singapura kini Pasukan Harimau Malaya telah membuahkan hasil dengan menewaskan Pasukan Garuda Indonesia dengan jaringan 2 - 0. Dengan kemenangan ini Pasukan Harimau Malaya layak untuk meneruskan ke pusingan kedua bagi menetang Pasukan Thailand di peringakt Separuh Akhir.

Dalam masa yang sama juga Pasukan Harimau Malaya dan Pasukan Garuda Indonesia telah dikenali sebagai musuh ketat atau dikenali sebagai musuh tradisi dalam perlawanan bola sepak di peringkat Asia atau pun di peringkat Antarabangsa.



Kekalahan Pasukan Garuda Indonesia di Bukit Jalil semalam telah mengecewakan lebih 20,000 peminat bola sepak Pasukan Garuda Indonesia yang hadir ke Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan Pasukan Garuda Indonesia menentang Pasukan Harimau Melaya. 

K. Rajagobal amat berbangga dengan Pasukan Harimau Malaya yang telah mengharumkan nama Malaysia dan telah mengembalikan semangat dan  kepercayaan  kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Pasukan Harimau Malaya menetang Pasukan Thailand yang akan datang.  


Tahniah sekali lagi buat Pasukan Harimau Malaya telah menewaskan Pasukan Garuda Indonesia 2 – 0. Harapan rakyat Malaysia agar Pasukan Harimau Malaya dapat menjulang Piala AFF Suzuki 2012 untuk kali yang kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...