Isnin, 10 September 2012

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) meraikan 30 Orang Anak Yatim @AliHamsa55 @NajibRazak #BhgPengHartanah

Putrajaya seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Hikmah, Kajang telah diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Menara Usahawan semalam.

Majlis yang julung kali diadakan dan telah diserikan lagi dengan kehadirian lebih 500 tetamu terdiri daripada wakil komuniti kuaters Putrajaya dan seluruh kakitangan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) JPM.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Norazman Othman berkata, pihaknya turut menganbil kesempatan pada bulan yang mulia ini beliau turut memberi sumbangan duit raya dan hadiah kepada anak anak yatim.

"Melalui Majlis seperti ini dapat mengetahui permasalahan yang dihadapi penduduk di sekitar kuaters. Dan mereka juga boleh menyuarakan
perbagai bagai masalah yang timbul dalam sekitar kuaters Putrajaya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...