Jumaat, 7 September 2012

Bonus Kakitangan Awam 2 Bulan Kata Cuepacs @AliHamsa55 @NajibRazak

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa enggan mengulas mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam dalam Bajet 2013 yang dijadual  dibentangkan 28 September nanti, sebaliknya meminta semua pihak menunggu hari  pembentangan tersebut.

"Kita tunggulah 28 haribulan ni. Saya rasa setiap bajet memang bajet terbaik. Kita tunggu saja pada hari bajet nanti," katanya mengenai jangkaan terhadap bajet tersebut kepada pemberita selepas melawat Wisma Putra di sini hari ini.

Ali diminta mengulas mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk diberi bonus dua bulan gaji dalam bajet berkenaan.

Mengenai lawatan itu, Ali berkata, ia sebahagian daripada aktiviti 'turun padang' yang dipraktikkannya dalam usaha untuk mendekati pegawai kerajaan serta mengambil berat mengenai kebajikan mereka.

"Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dilakukan di Wisma Putra. Saya rasa pegawai di sini berkaliber dan mempunyai pengalaman yang luas dari segi hubungan diplomatik dan menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang," katanya

Ps* Kalau benar apa yang di kata kami sebagai kakitangan kumpulan sokongan akan menyambut baik saranan Perdana Menteri Malaysia untuk memberi bonus 2 bulan kepada kakitangan awam.

Dan kami menyeru bahawa DS Najib
Tun Razak pertimbangkan elaun perumahan bagi kumpulan sokongan. #KamiSokongPM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...