Khamis, 23 Ogos 2012

Berbaloi Kah Kakitangan Awan Beli Rumah Dengan Tinggal Di Kuaters Kerajaan @NajibRazak


Kenyataan benar tentang rungutan penjawat awam yang inginkan keselesaan seperti inginkan rumah sendiri akhirnya kecewa apabila separuh kakitangan penjawat awam yang berpendapatan rendah tidak mampu membeli rumah idaman mereka. 

Ada juga dikalangan mereka yang sudah membeli rumah masih lagi menduduki kuaters kerajaan kerana mereka mengkaji semula dengan kadar sewa yang mereka terima tidak berbaloi. Kadar potongan perumahan pada setiap bulan sebanyak RM 750.00 dan mereka akan menerima elaun perumahan hanya sebanyak RM 180.00 sebulan. Dan kakitangan awam terpaksa menampung hampir RM 570.00 setiap bulan. 

Memang agak sukar bagi kakitangan awam untuk memiliki sebuah rumah kerana dengan kadar elaun perumahan yang agak rendah membuatkan kakitangan awam hanya mampu tinggal di kuaters kerajaan.

Pihak kakitangan awam berharap Perdana Menteri sedia menaikan elaun perumahan  pada belajawan yang akan datang.

1 ulasan:

  1. salam...setuju sangat sebab ayah saya jugak kakitangan kerajaan..biarpun umur da mencecah 52tahun ayah saya masih tidak mempunyai rumah sendiri dan anak-anak yang masih bersekolah..bayangkan rumah kuaters yang kami diami sekarang hanya mempunyai dua bilik tidur sedangkan kami semua 6 beradik yang tinggal sekali (termasuk seorang sepupu yang ditanggung ayah) anak lelaki terpaksa tidur di ruang tamu dan anak perempuan seramai 4 orang terpaksa berkongsi bilik...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...