Sabtu, 4 Ogos 2012

Perdana Menteri @NajibRazak Menyaran Penjawat Awam Sentiasa Menjalinkan Hubungan Erat

Kerjasama yang erat selama ini antara kerajaan dan penjawat awam terbukti menjadi tonggak kejayaan negara sejak dulu lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata hubungan erat dan baik yang terjalin sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga kini juga jelas membuktikan adanya persefahaman antara kedua-dua pihak.  "Kerjasama dan sokongan penjawat awam terutamanya dalam melaksanakan semua keputusan kerajaan dan membantu menyelesaikan masalah rakyat sangat bermakna untuk kita," katanya ketika berucap di majlis berbuka puasa bersama penjawat awam daerah Pekan di sini, malam ini. 
Najib berkata tanpa hubungan baik itu, tidak mungkin negara dapat melalui proses trasformasi yang besar dengan Malaysia mengalami pelbagai perubahan sejak merdeka.

Beliau berkata transformasi itu termasuklah kejayaan negara yang menghapuskan kadar kemiskinan yang dicatatkan lebih 50 peratus sejak awal kemerdekaan.

"Usaha pembasmian kemiskinan oleh kerajaan kita adalah antara terbaik dilaksanakan selain menukar status daripada negara pertanian kepada pertanian berpendapatan sederhana tinggi," katanya.

Najib berkata kerajaan sejak dulu lagi memberi perhatian khusus terhadap kebajikan penjawat awam dengan pelbagai inisiatif dan tumpuan diberi dalam memastikan ikatan kedua-duanya terus kukuh.
"Pada awal tahun ini kita beri kenaikan gaji dari tujuh hingga 17 peratus kepada penjawat awam yang membabitkan peruntukan lebih RM4 bilion.

"Baru-baru ini pula kita mengumumkan bonus setengah bulan gaji sempena sambutan Aidilfitri, ini menunjukkan kita menghargai penjawat awam," katanya.

Najib berkata apa yang penting adalah penjawat awam perlu komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas manakala kerajaan akan terus menjaga kebajikan mereka mengikut kemampuan. -
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...