Khamis, 5 Julai 2012

Semua Ketua Jabatan Termasuk KSU , Ketua Pengarah, Diwajibkan Mengambil Krusus Blogger Dan Krusus Twitter @NajibRazak

Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, Datuk Seri Dr Ali Hamsa meminta semua ketua setiausaha dan ketua jabatan supaya turun padang untuk melihat sendiri keadaan petugas masing-masing ke arah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.  
Beliau yang berjanji akan turut berbuat demikian, berkata langkah itu bertujuan menjaga kebajikan penjawat awam dalam melaksanakan tugas.

"Kita perlu turun melihat sendiri keadaan sebenar. Ada kemungkinan jabatan tertentu ada (berlaku) kelewatan (dalam menyediakan perkhidmatan). Kita perlu lihat perkhidmatan kaunter (misalnya) dan kita (hanya) lihat dari depan, dan tidak tahu adakah mereka selesa, adakah sesiapa yang menjaga mereka.

"Kita perlu jaga kebajikan petugas kita sendiri, perlu lihat kepuasan mereka untuk memberi perkhidmatan," katanya pada program Dialog Khas bersama KSN terbitan RTM yang disiarkan secara langsung di TV1 malam tad.

Pelantikan Ali, 57, berkuat kuasa pada 24 Jun lepas, dan beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Ali yang merupakan KSN ke-13, sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

Program bertemakan 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' itu dihoskan Sayed Munawar Sayed Mustar.  
    
Dalam pada itu, Ali meminta penjawat awam di peringkat atasan supaya mengamalkan sistem terbuka bagi memberi ruang kepada petugas bawahan untuk berjumpa dan memberi idea serta mengemukakan sebarang masalah.

Beliau turut menjawab soalan seorang pemanggil berhubung kekurangan penyertaan bukan Bumiputera dalam sektor awam.
    
Ali berkata antara kaedah yang boleh dibuat untuk menarik minat golongan itu menyertai sektor awam yang kini mempunyai 1.4 juta pejawat ialah mengadakan dialog dan perjumpaan dengan persatuan dianggotai bukan Bumiputera.
    
Mengenai dakwaan pakej yang ditawarkan di sektor awam kurang menarik berbanding swasta, beliau berkata lebih banyak maklumat perlu didedahkan berhubung keistimewaan sektor awam.
    
Beliau turut menggalakkan ketua setiausaha dan ketua jabatan supaya menggunakan media baru seperti Facebook dan Twitter dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan awam.
    
Selain itu, beliau menggesa penjawat awam supaya memupuk kerjasama erat antara satu sama lain, selain dengan badan bukan kerajaan, pihak swasta dan Cuepacs.
    
"Kita mempunyai kelebihan jika kita bekerjasama mencari jalan untuk membangunkan negara selaras dengan hasrat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...