Khamis, 5 April 2012

Rakyat Tidak Berminat Sertai Perhimpunan Bersih 3.0 Di Dataran Merderka Pada 28Hb April Nanti



Pas yakin perhimpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya di Dataran Merdeka pada 28 April ini akan disertai sekitar setengah juta orang.

Ia diadakan susulan kepada himpunan Bersih 2.0 dan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya yang dibentangkan di Dewan Rakyat kelmarin. 

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan mengerahkan seramai mungkin ahlinya untuk menjayakan perhimpunan itu. 

"Saya menyeru ahli dan penyokong Pas dan Pakatan Rakyat turun beramai-ramai bagi menuntut pilihan raya yang bersih. "Saya menjangkakan setengah juta akan hadir pada 28 April ini," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini. 

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Osman; Setiausaha Dewan Pemuda, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud dan aktivis mahasiswa Adam Adli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...