Khamis, 5 April 2012

Nampak Sangat Bekas Menteri Besar Perak Muhammad Nizar Pembohong Besar @ZambryAbdKadir



Mohammad Nizar mengakui menandatangani surat bertarikh 17 Disember 2008 itu berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi oleh Vale International dan mengakui kesahihan kandungan surat berkenaan.


Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas diingatkan supaya menghentikan perbuatan hiprokrasi, kepura-puraan dan pendustaan berhubung projek pelaburan bijih besi oleh Vale International. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan itu boleh memberi kesan buruk terhadap pelaburan, pertumbuhan negeri dan pembangunan rakyat.

"Jika kita berusaha untuk menegakkan benang yang basah ia tidak ke mana. Lagi kita cuba 'bersilat' lagi menampakkan kelemahan sebagai pemimpin," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohammad Nizar hari ini yang mendakwa surat bertarikh 17 Dis 2008 yang ditandatanganinya ketika menjadi menteri besar Perak bukan menandakan persetujuannya terhadap pelaksanaan projek berkenaan di Teluk Rubiah, sebaliknya bagi tujuan "public relations" (menjalin perhubungan awam) dengan pelabur.


Zambry menyifatkan alasan yang diberikan itu sebagai tidak munasabah kerana Mohammad Nizar pada ketika itu merupakan seorang menteri besar dan kandungan surat tersebut merupakan satu perkara yang serius. "Ia satu alasan yang tidak munasabah. Beliau adalah seorang bekas menteri besar, beliau perlu tahu bahawa setiap surat yang ditulis oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah negeri adalah bukan surat 'pen pall' atau kawan biasa yang suka-suka tulis. Surat itu adalah surat berjadual dan berjilid...ini bukan surat bagi tujuan 'marketing' atau 'public relations'," katanya. 

IPOH 4 April - Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membantah pembinaan hab pengagihan projek bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut, memakan diri sendiri apabila beliau sebenarnya yang menandatangani surat menyokong projek itu. Mohammad Nizar hari ini mengaku bahawa beliau menandatangani satu surat bertarikh 17 Disember 2008 yang menyokong pembinaan hab pengagihan bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut semasa menjadi Menteri Besar Perak.  
Pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu membuktikan kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini kononnya tidak bersetuju projek tersebut dilaksanakan di Teluk Rubiah dan mencadangkan kawasan lain di Tanjung Hantu, Segari ternyata suatu pembohongan. Beliau membuat pengakuan itu setelah Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Mohd. Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) menggunakan Perintah Tetap 23 (C) meminta Ketua Pembangkang DUN Perak berkenaan menyatakan sama ada surat tersebut yang dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebelum itu benar atau tidak.  
"Syukur, saya mengaku saya tandatangani surat itu. Surat itu sahih dan benar. Saya ucapkan terima kasih kepada Pangkor (Zambry). Saya sahkan surat itu sebenar-benarnya benar," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini. Mohammad Nizar dan beberapa pemimpin pembangkang lain sebelum ini menggunakan isu Vale sebagai modal politik malah, turut menuduh Zambry menggadaikan tanah Melayu di Teluk Rubiah kepada syarikat asing.  
Terdahulu, Zambry menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) mengenai alasan kerajaan negeri meluluskan projek pelaburan Vale di kawasan pelancongan Teluk Rubiah, Lumut dan bukannya di Tanjung Hantu seperti dicadangkan kerajaan negeri pembangkang. Zambry menjelaskan, Vale sebelum ini telah membuat kajian kesesuaian untuk melakukan pelaburan sama ada di Thailand, Vietnam dan Filipina namun memilih Perak dan kawasan Teluk Rubiah pada 2007 kerana keadaan persekitarannya yang lebih kondusif.  
Sehubungan itu katanya, Vale telah mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan pembangkang pada Mei 2008 tetapi dimaklumkan kawasan tersebut merupakan hak milik persendirian, Harta Makmur Sdn. Bhd. (Harta Makmur). Pada masa itu, tambah beliau, syarikat itu juga dalam rundingan dengan Gulf Petroleum Sdn. Bhd. untuk cadangan projek petrokimia melibatkan pelabur dari Qatar. "Sehubungan itu, kerajaan negeri pembangkang ketika itu mencadangkan alternatif lain di kawasan Bagan Datoh dan Vale menilai kesesuaian kawasan tersebut tetapi pada masa sama mereka terus berurusan dengan Harta Makmur untuk membeli tapak padang golf di Teluk Rubiah," katanya.  
Mengulas lanjut, Zambry berkata, pada Ogos 2008, Vale sekali lagi membuat susulan perbincangan status projek pelaburan dan ingin mendapatkan sokongan kerajaan negeri serta menyatakan rundingan mereka dengan Harta Makmur menunjukkan tanda-tanda positif selain memperoleh persetujuan Ahli Lembaga Pengarahnya. "Kemudian, satu surat sokongan telah dikeluarkan bertarikh 17 Disember 2008. Kandungan surat tersebut menyatakan kerajaan negeri mengalu- alukan permohonan Vale untuk mendapatkan lesen pengilang dan insentif daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).  
"Surat itu juga menyatakan kerajaan negeri sukacita dengan perkembangan positif rundingan dengan Harta Makmur berkenaan tapak padang golf di Teluk Rubiah dan akan memproses pindah milik dan pertukaran syarat tanah apabila perjanjian jual beli antara Vale dengan Harta Makmur selesai dan menerima permohonan tersebut," jelasnya. Sementara itu, pada satu sidang akhbar selepas itu, Zambry memberitahu, beliau terpaksa mengelaskan semula dokumen sulit kerajaan negeri tersebut setelah berkali-kali dicabar Mohammad Nizar menerusi sidang medianya yang disiarkan akhbar-akhbar pro pembangkang.  
Katanya, pengelasan itu dibuat kerana beliau tidak mahu isu pelaburan Vale dijadikan modal politik murahan sehingga menyebabkan rasa kurang senang di kalangan pelabur-pelabur asing lain. Zambry menambah, Koo Ham ada memberitahunya bahawa dia terkejut kerana tidak mengetahui Mohammad Nizar ada menghantar surat tersebut. Mengenai tuduhan Koo Ham bahawa beliau bersifat selektif dalam mendedahkan surat itu, Zambry meminta ADUN Sitiawan berkenaan mengemukakan bukti bahawa kerajaan pembangkang pernah mencadangkan projek Vale dipindahkan ke Tanjung Hantu. Zambry juga menegaskan bahawa pelaburan Vale itu memenuhi kesemua 76 keperluan ketat yang ditetapkan termasuk Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA).







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...