Dalam ucapan yang sama juga Tun Faisal mengatakan bahawa pada tahun 2008 UMNO sendiri tidak faham tentang tran yang telah di main kan oleh pihak pembangkang dalam isu cywar dan ini disebabkan kita tewas dalam 5 negeri dalam pilihanraya yang ke 12. Begitu juga dari pemimpin kanan UMNO kurang peka berkaitan Cywar dan Cybertroopers serta penggunaan media maya untuk mendapat "infomation" dari pihak pihak tertentu.
Bagi Cywar dan Cybertrooper memainkan peranan yang amat penting kerana dapat menepis isu-isu pembohongan sebagaimana yang berlaku baru-baru ini tentang isu Bersih 2.0 dengan perarakan yang diadakan secara besar besaran di Kuala Lumpur. Sebagai contoh tentang isu pembohongan dari pihak pembangkang tentang kematian yang sengaja diada adakan oleh puak pembangkang. Tetapi ternyata ia hanyalah penipuan dan permainan dari pihak pembangkang.
Bukan itu sahaja malah di perhimpunan Bersih 2.0 serta hari hukuman kes liwat di Mahkamah baru baru ini Cywar dan Cybertrooper telah banyak mengeluarkan banyak isu-isu terbaru dengan cepat dan mudah untuk rakyat menilai melalui media maya dan sebagainya. Begitu juga pihak kepimpinan tinggi UMNO seperti pihak berkuasa dan pihak pihak media maya dapat membuat laporan dengan lebih cepat, jelas dan tepat.
Kepimpinan Majlis Tinggi UMNO telah pun mengiktiraf Unit Media Baru (UMB) ini sebagai jentera dan sebagai sumber "information" untuk pihak pihak atasan dapat menyelesaikan banyak masalah-masalah rakyat setempat. Selain itu juga pihak Unit Media Baru telah terlatih untuk mengupas isu isu pembohongan dari pihak pembangkang.
UMB bukan sahaja terdiri daripada blogger malah ia juga mencakupi dengan Facebooker dan Twitter hasil kepimpinan Sdr TUN FAISAL ISMAIL AZIZ, Exco Pergerakan UMNO Malaysia.
"Tahniah Tun Faisal".
Pengerusi Unit Media Baru (UMB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan