Selasa, 27 Mac 2012

PKR Putar Belit Dulu Cakap Lain Sekarang Cakap Lain Pulak Isu SBPA


PKR menyarankan agar satu Jawatankuasa Tetap Parlimen ditubuhkan bagi mengkaji penambahbaikan skim dan syarat perkhidmatan sektor awam - Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dihidupkan semula bagi menggantikan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, jawatankuasa itu perlu ditubuhkan agar semua pihak berkepentingan termasuk pembangkang dapat memberi cadangan membina dalam perkhidmatan awam. 

“Kerajaan secara tiba-tiba telah membatalkan SBPA dan kembali kepada SSM. “Sehubungan itu, kita tidak mahu kerajaan sekali bersikap unilateral seperti yang berlaku dalam isu skim SBPA dahulu yang telah gagal akibat tentangan kuat daripada pelbagai pihak,” katanya di lobi Parlimen, hari ini. 


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, keadaan itu terbukti apabila Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman memberitahu yang mereka tidak dimaklumkan tentang siapa yang akan menganggotai suruhanjaya untuk mengkaji penyelarasan gaji perkhidmatan awam selepas pembatalan tiba-tiba skim SBPA. “Pakatan Rakyat menyokong penuh gesaan Cuepacs untuk dijadikan salah satu pihak berkepentingan dalam isu ini.

“Oleh itu, kita tidak mahu perkara sama berulang, kerajaan seharusnya mendengar suara-suara daripada pihak berkenaan dan kita berharap Jawatankuasa Tetap Parlimen itu nanti juga mempunyai suara dalam penambahbaikan sistem perkhidmatan awam negara ini,” katanya. Semalam, Cuepacs mahu kerajaan mengumumkan individu yang akan menganggotai suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara ini selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Omar berkata, kongres itu mendapat banyak pertanyaan daripada anggota gabungannya yang mahu mengetahui individu yang akan dilantik menganggotai suruhanjaya itu. “Kita mahu tahu siapa pengerusi suruhanjaya dan siapa lagi di pihak kerajaan yang berada dalam suruhanjaya itu kerana sehingga kini kita tidak mendapat sebarang maklumat. “Sebab itu kita berharap kerajaan dapat mengumumkan nama-nama anggota suruhanjaya ini selewat-lewatnya sebelum 31 Mac ini,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...