Jumaat, 30 Mac 2012

Lim Guang Eng Buka Bengkil Kereta Untuk Dijadikan Sarang Judi


PULAU PINANG - Hasil risikan selama tiga hari, polis berjaya melumpuhkan kegiatan­ perjudian yang disifatkan terbesar di negeri ini yang beroperasi di belukar di Kampung Batak, dekat sini. 

Ketua Unit Pencegahan Perjudian D7 Bukit Aman, Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, mereka terpaksa mengambil masa agak lama untuk membuat risikan sebelum menyerbu kerana kawasan itu dikawal tonto yang diupah bagi memantau serbuan pihak berkuasa. 

“Selain risikan, serbuan dibuat berdasarkan maklumat awam yang diperoleh memandangkan dalangnya sangat licik kerana mereka menjalankan aktiviti itu jauh dari kawasan penduduk serta dikelilingi kebun sayur.


“Premis ini juga berselindung­ di belakang sebuah bengkel kereta dan menjadikan lokasinya sangat strategik,” katanya kepada media selepas mengetuai serbuan itu awal pagi kelmarin. Beliau berkata, polis berjaya menahan 63 orang termasuk 17 wanita yang ketika itu sedang leka bermain judi sehingga tidak menyedari serbuan pihak berkuasa. 

Semua yang ditahan berusia antara 30 hingga 70 tahun. Menurutnya, operasi bermula jam 9.30 malam itu turut merampas wang tunai RM45,000 serta pelbagai cip bernilai RM65,000. “Serbuan membabitkan 10 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman terpaksa berdepan dengan ancaman tonto. 

“Kawasan ini juga dipenuhi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di setiap persimpangan masuk untuk memantau kehadiran orang luar termasuk pihak berkuasa,” katanya. 

Tin Heng berkata, setiap pertaruhan boleh mencecah RM250,000 malah ada yang sanggup menggadai barang berharga bagi meneruskan permainan setelah kalah. “Ini adalah serbuan judi terbesar di Pulau Pinang setakat ini, malah polis akan menjalankan lebih banyak operasi bagi membanterasnya,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...