Jumaat, 30 Mac 2012

1.2 Juta Kakitangan Awam Menyarankan KSN dan KPPA Bersara Awal Gagal Melaksanakan SBPA @NajibRazak


Ramai digolongan kakitangan awam menyarankan supaya TanSri Sidek meletakkan jawatan sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) di atas kegagalan mengubal Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

Dalam yang masa yang sama juga pihak kerajaan haruslah mengambil tindakan tegas dalam menambahbaikan Skim SSM ini kerana terdapat juga suara suara yang kurang di dengari dari kakitangan awam itu sendiri. 

Spekulasi bertiup kencang di Pusat Pentadbiran Persekutuan di sini berhubung kedudukan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam. Mereka yang dimaksudkan ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah. 


Kedua-duanya dikaitkan dengan kontroversi dalam menggubal skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan bantahan banyak pihak sehingga akhirnya dibatalkan. 

SBPA yang diperkenalkan 1 Januari lalu mengundang kritikan terutama daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam di negara ini. 

Abu Bakar ketika dihubungi hari ini tidak menafi atau mengesahkan spekulasi kedudukan perkhidmatan beliau.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...