Isnin, 5 Mac 2012

Golongan Orang Muda Kelantan Mahukan Perubahan


Orang muda di Kelantan mula berasa muak dan mahukan perubahan selepas melihat kegagalan Pas memerintah negeri ini selama 21 tahun. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Pas hanya pandai bercakap dan tidak berusaha melakukan perubahan terutama menyelesaikan masalah kemudahan asas di negeri ini. 

Beliau berkata, golongan muda telah sedar Pas sanggup berbuat apa sahaja termasuk menggadaikan dasarnya untuk menegakkan agama Islam semata-mata mahu mendapatkan kuasa. 

"Selepas 20 tahun memerintah, Pas hanya hebat berceramah di atas pentas, masalah bekalan air pun tidak dapat diselesaikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...