Isnin, 5 Mac 2012

Gempar Bas Terbalik Di Genting Highland



KUALA LUMPUR: Seorang maut, manakala dua terperangkap apabila sebuah bas persiaran yang membawa 24 penumpang warga India terbabas, sebelum terbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting-KL, jam 8.15 pagi tadi. 

Nahas berlaku ketika bas itu sedang dalam perjalanan menuruni pusat peranginan Genting Highlands menuju ke Singapura. Kejadian dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang licin apabila hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, berkata polis menerima aduan orang awam yang melalui kawasan terbabit sejurus kemalangan berlaku. 

“Anggota bomba dan penyelamat kemudian bergegas ke lokasi nahas dan kerja-kerja menyelamat kini sedang giat dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang masih terperangkap,” katanya ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Keselamatan Genting Highland, Ramakrisana, berkata tiga jentera bomba bersama 25 anggota dari Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu kerja-kerja menyelamat.-berita harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...