Jumaat, 30 Mac 2012

Anwar Mempunyai Anak Hasil Daripada Hubungan Sulit Dengan Shamsidar


Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berpegang teguh dengan kenyataan beliau yang mengatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual sungguhpun menghadapi tindakan saman daripada Anwar.

Katanya, beliau tahu sebab utama Anwar menyamannya adalah kerana kenyataan beliau bahawa tiada peruntukan dalam perlembagaan seorang biseksual boleh menjadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang.

“Saya tetap dengan pendirian saya bahawa seorang biseksual tidak layak menjadi PM atau Ketua Pembangkang. Bukan di negara ini. Ini prinsip yang saya pegang walaupun disaman RM500 juta sekalipun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Bagaimanapun, katanya, beliau sehingga kini belum menerima writ saman daripada peguam yang mewakili Anwar dalam kes tersebut. Selain isu biseksual, Nallakaruppan dengan penuh yakin mendakwa Anwar turut mempunyai hubungan sulit dengan isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.

“Saya mahu perbicaraan dimula dengan segera sebab saya mahu rakyat Malaysia tahu kebenaran tentang hubungan sulit Anwar dan Shamsidar. Saya yang disuruh oleh Anwar untuk mengatur pertemuan sulit ini. “Saya juga akan beritahu ‘hasil’ yang diperoleh Shamsidar dan Anwar daripada perhubungan sulit ini,” katanya Pada sidang akhbar itu, Nallakaruppan turut mengumumkan pelantikan peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah sebagai peguam bela kes biseksual Anwar tersebut. 

Sementara itu, Muhammad Shafee berkata, perbicaraan kes tersebut boleh dimulakan secepat mungkin dalam masa dua bulan dari sekarang, tertakluk kepada tindakan dari pihak plaintif iaitu Anwar dan firma guaman Tetuan Daim & Gamany. “Saya akan menulis surat kepada firma guaman yang mewakili Anwar, tidak payah susah-susah, mereka boleh terus menyerahkan writ saman tersebut kepada firma saya supaya perbicaraan dimulakan cepat. 

“Nalla akan timbulkan pembelaan justifikasi atau pembelaan kebenaran, bahawa apa yang dikata itu benar, saya pasti ia pembelaan utama beliau,” katanya. Kepada satu soalan, katanya, memang wujud taktik melambatkan kes dalam perkara tertentu sebelum ini, namun hakim kini semakin proaktif untuk segera memulakan perbicaraan. “Mereka sudah menyiapkan jadual di mana pihak terbabit akan dipaksa menyiapkan tugasan masing-masing supaya kes diteraju terus kepada perbicaraan,” tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...