Sabtu, 18 Februari 2012

Pas Di Cabar Keluar Pakatan Dan Masuk laa UMNO


Kepimpinan tertinggi Pas digesa mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan keengganan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ). 

Desakan itu dibuat oleh sekumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ahli Pas peringkat bawahan, yang berkumpul di Masjid Shiekh Yussof di Jalan Datuk Keramat selepas Solat Jumaat, hari ini. Ia diketuai bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin. 

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan ketua pembangkang di dalam WSJ itu bukan sahaja biadab dan menyakitkan hati umat Islam di seluruh dunia malah ia jelas bertentangan dengan perjuangan Pas dalam menegakkan Islam. 


Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Bagan Ajam berkata, kebiadapan Anwar harus dipandang serius oleh kepimpinan parti kerana ia jelas bertentangan dengan akidah Islam dan tidak boleh bertoleransi lagi. "Cuba bayangkan sekiranya Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri... sudah pasti dia akan mengiktiraf Israel dengan menjalinkan hubungan diplomasi dengan mereka. Boleh jadi satu hari nanti Kedutaan Israel akan dibuka di Kuala Lumpur. 

"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu mengkaji semula kedudukan kita (Pas) dalam PR. Jangan pedulikan rakan sekutu lain kerana ini adalah soal perjuangan Islam yang kita perjuangkan selama ini," katanya ketika berucap pada perhimpunan berkenaan. 

Mohamed Hafiz berkata, pimpinan Pas tidak lagi perlu bertolak ansur dengan penasihat PKR ini kerana kenyataannya itu sudah menzahirkan sikapnya yang sebenarnya. Menurutnya, udah tiba masanya Pas menarik diri dari PR dan memutuskan hubungan dengan Anwar serta PKR. Kenyataan yang dikeluarkanya itu amat biadab serta menoda kesucian umat Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...