Sabtu, 18 Februari 2012

Rakyat Diminta Tidak Terpengaruh Dengan Putar Belit Pembangkang - Nong Chik


Pihak pembangkang tidak perlu memutar belit usaha murni kerajaan Barisan Nasional dan berharap rakyat tidak terpengaruh dengan tindakan tersebut, kata Ketua Umno bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. 

"Apa sahaja yang kerajaan buat mereka (pembangkang) putar belitnya, seolah-olah semua niat kita (BN) tidak betul dan niat mereka sahaja yang betul," katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, di sini, Jumaat. 


Pada masa yang sama, beliau berkata persediaan BN bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) kali ini lebih teliti, lebih fokus dan lebih mendalam. "Saya berkeyakinan bahawa keputusan PRU kali ini adalah lebih baik (bagi BN)berbanding pada tahun 2008," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Komputer Riba 1Malaysia bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai, di sini, Jumaat. 

Raja Nong Chik berkata generasi muda hari kini lebih bijak membuat perbandingan terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka, sama ada benar atau tidak. Seramai 400 pelajar daripada enam buah sekolah di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai menerima sumbangan komputer riba tersebut. 

Mereka terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, SMK Bangsar, SMK Bukit Bandaraya, SMK Petaling, SMK Dharma, SMK (Perempuan) Methodist serta anak-anak penduduk setempat yang belajar di sekolah di luar Lembah Panta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...