Sabtu, 21 Januari 2012

Wang Tunai RM30.000 Bakal Dibawa Pulang Bagi Kejohanan Futsal 1Malaysia 2012 Bermula Semalam


KEJOHANAN Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 dirasmikan malam tadi oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. 

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed. KEJOHANAN Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 akan menggegar Putrajaya hari ini.

Sejumlah 444 pasukan mewakili 222 kawasan Parlimen di seluruh negara akan berkampung di Kompleks Futsal 1Malaysia di Presint 18 itu bagi beradu tenaga untuk memburu gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai cukup lumayan.

Dua kategori akan dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita yang menyaksikan 222 pasukan akan bersaing dalam kategori lelaki dan 222 pasukan lagi bagi kategori wanita. Kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu membabitkan penyertaan 4,440 pemain. 

Juara kategori lelaki bakal meraih hadiah wang tunai RM20,000 sementara wanita pula bakal membawa pulang RM10,000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...