Jumaat, 13 Januari 2012

Wajar Menanguhkan Skim SBPA Dan Haruslah Dilaksanakan Sebelum PRU-13


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula. Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA. 

"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai 1 Jan 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan Khamis. Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula. 


Katanya semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). 

Najib berkata semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Jan tahun ini.

Najib juga berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan. "Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya. 

Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, katanya. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan ini, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Dis lepas. 

Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Dis lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...