Khamis, 26 Januari 2012

Tsunami Gelombang Merah Bakal Memgegarkan Kelantan Dan Menguasai Kelantan Dalam PRU-13 Nanti


PAS BAKAL BERHADAPAN DENGAN TSUNAMI GELOMBANG MERAH


Baru baru ini kenyataan Nik Aziz menyatakan bahawa Pas akan kekal di Kelantan dalam PRU-13 nanti tetapi Nik Aziz harus sedar bahawa Tsunami Gelombang Merah akan melanda di Kelantan kerana rakyat di Kelantan sudah mula merasakan kepincangan dalaman Parti Pas di Kelantan

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Pas akan mengekalkan tampuk pemerintahan di Kelantan meskipun mendapat tentangan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 


Mursyidul Am Pas itu berkata, beliau yakin keupayaan pemimpin Pas Kelantan yang sentiasa berusaha gigih walaupun berdepan dengan BN yang diketahui mempunyai sumber kewangan yang besar dalam usaha mereka merampas negeri ini. 

Dalam usaha yang sama juga Barisan Nasional  sedang berusaha untuk merampas Negeri Kelantan dari tangan Pas. Dan rakyat Kelantan sudah mula sedar bahawa selama 20 tahun Kelantan di bawah pemerintahan Pas banyak isu isu di Kelantan tidak dapat di selesaikan sebagai contoh Kelantan masih lagi menerima air kotor, kemiskinan yang tegar dan sebagainya

“Boleh jadi kerana mereka ada duit banyak, maka mereka bercakap demikian, kami di Kelantan ini juga berusaha menentang sekeras-kerasnya Umno demi mempertahankan Kelantan ini,” katanya kepada media selepas melepaskan rombongan Kelantan Ride di pekarangan Kompleks Darul Naim, di sini hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melakukan lawatan ke Kelantan, yakin BN mampu merampas kerajaan Kelantan dari Pas yang memegang tampuk pemerintahan lebih 20 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...