Khamis, 12 Januari 2012

Ramai Kakitangan Kerajaan Bawahan Mohon Kerajaan Untuk Kaji Semula Skim Gaji SBPA


Kakitangan Sokongan Mohon Kerajaan Kaji Semula Gaji Dibawah Skim SBPA


Komen 1 
SAYA menyokong pandangan yang dikeluarkan oleh Pakar Perubatan Terkilan dan Basha dalam Forum tempoh hari atas pandang mengenai kepincangan yang terdapat dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang baru di perkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

Rata-rata sebilangan besar kakitangan kerajaan merasakan skim baru ini tidak mencerminkan secara kolektif hasrat kerajaan yang ingin memacu negara ke arah negara dengan sumber pekerja yang berpendapatan tinggi. Hasrat secara kolektif kerajaan untuk membantu kakitangan kerajaan demi meringankan beban kehidupan harian mereka dengan kos sara hidup yang meningkat disebabkan dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu tidak juga di cerminkan dalam SBPA ini. 


Kenyataan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menyatakan kenaikan sebanyak tujuh hingga 13 peratus gaji kakitangan awam adalah tidak berlaku kerana terdapat golongan Jusa yang mendapat kenaikan gaji sehingga 70-80 peratus manakala sebahagian besar kakitangan kerajaan mendapat kenaikan gaji yang lebih rendah iaitu 13 peratus dari SBPA yang diperkenalkan ini. 

Komen 2 
...takpe...nanti kita undi PKR..gaji yang dia org janjikan lebih besar. kalau tidak ditunaikan, kita ubah lagi tampok pemerintahan..apa gunanya ada hak mengundi. kali ini kita gunakan sebaik-baiknya... 

Komen 3 
Saya PA N41, Kanaikan gaji saya SSM ke SBPA hanya RM80.00, manakala rakan sekerja saya N32 kenaikan gaji ialah RM220, saya ingin bertanya kpd Pengarah JPA adakah ini adil? Kenaikan gaji saya tak hanya 3%, tak sampai 7% - 13% spt yg dinyatakan oleh JPA sblm ini! Ini betul2 penipuan. Saya terpaksa t/t SBPA kerana tiada pilihan, kalau tak t/t pun masih terikat dgn syarat2 dlm SBPA. So, apa pilihan saya? Saya rasa ramai lagi PA yg mengalami nasib serupa mcm saya. Saya akan undi PR, PRU13, saya tak nak undi penipu!!! 

Komen 4 
Pelik...dah banyak yang diperkatakan tentang kepincangan dan kelemahan SPBA secara keseluruhannya! Antara yang paling ketara: 

1. Kenaikan tidak seperti yang dibentang oleh YAB PM semasa belanjawan, yakni melibatkan kenaikan 7 hingga 13 peratus! *Ini akan dilihat oleh umum sebagai satu penipuan atau lebih tepat "tidak menepati janji" & boleh dijadikan ISU dalam kempen pembangkang kelak* 

2. Peratus kenaikan yang tidak seimbang di antara seorang pegawai @ PA walau sesama dalam satu gred gaji *Ada pegawai di Tingkatan gaji yang lebih rendah tetapi mendapat kenaikan yang lebih tinggi!* 

3. JUSA dan TURUS mendapat kenaikan 70% - 80% atau lebih... *Di mana logik atau asas pemberian kenaikan yang agak melampau ini? Yang telah di janji atau bentang tak dipatuhi...tetiba boleh timbul pula angka peratusan yang pelik ini* 

4. Lain2 yang telah diperkatakan oleh ramai PA sebelum ini... *Ada cam yang tak kena aje nii! Bak kata TS Muhyiddin bebaru nii..."maintain THE FEEL GOOD FACTOR!"...hakikatnya, semua harapan tersebut bakal menerima "BACK-FIRE' dalam PRU13 nii nanti, jika pihak PM, TPM dan kepimpinan tertinggi tidak segera menangani permasalahan2 yang timbul! 

Komen 5 
Pada saya sbpa ini sangat menguntungkan pegawai atasan, yakni pegawai kumpulan pengurusan dan profesional gred 1-2 dan ke atas serta pengurusan tertinggi di mana mereka menikmati kenaikan gaji yg begitu besar sehingga 80% manakal golongan pelaksana pula hanya setakat 7 - 10% sahaja dan ini juga adalah jauh rendah berbanding kenaikan gaji anggota tentera, sbg contoh sekarang gaji pangkat sarjan lebih tinggi dari gaji pegawai awam gred 2-2. 

SANGAT NYATA YG SBPA INI HANYA MEMBERI LEBIH MANFAAT KPD GOLONGAN PENGURUSAN GRED TINGGI.

banyak penipuan dr segi gaji oleh itu lupakan undi saya pru13 nanti.... tahu lah nasib Barisan Nasional

Komen 6 
Di manakah letaknya keadilan dalam SBPA????? Bagi yang mendapat kenaikan gaji yg tinggi tentulah tersenyum lebar dan menarik nafas lega.

Bagaimana pula dengan nasib penjawat awam yang lain yg mendapat kenaikan gaji yg sedikit sahaja walaupun telah berkhidmat berbelas tahun? Kedudukan Tangga gaji juga berubah menjadi sama dengan rakan-rakan yang lebih junior. 

Adalah sangat tidak adil kepada kami yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam SSB dahulu dan juga mendapat anjakan gaji semasa PTK.Fikir fikirkanlah wahai orang bijak pandai di JPA.Dimanakah janji kenaikan gaji 7-13 peratus?????Sedangkan kami golongan yang teraniaya hanya mendapat kurang dari 5 peratus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...