Ahad, 22 Januari 2012

PRU-13: Umno Gerak 63,000 Gentera Penerangan Kata Datuk Ahmad Maslan


Lebih 63,000 jentera penerangan Umno akan digerakkan di seluruh negara bagi menyampai maklumat mengenai perkembangan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, kata Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan. 

Beliau berkata, jentera itu akan turut dibantu oleh lebih 3.3 juta anggota Umno bagi memastikan rakyat dapat menilai sumbangan besar parti yang menunjangi pentadbiran negara. 

Beliau memberitahu pemberita demikian sebelum mengadakan taklimat penerangan kepada Ketua-ketua Penerangan Umno bahagian di sini, hari ini. Katanya empat kaedah akan digunakan oleh jentera penerangan berkenaan dalam menyampaikan maklumat iaitu secara bersemuka, menerusi media cetak, media digital dan media elektronik. 

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata sebanyak 12 negeri telah dijelajah bagi menyampaikan taklimat berkaitan tugas yang perlu dilaksanakan oleh jentera penerangan parti. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...