Ahad, 22 Januari 2012

Menteri Besar Perak Cabar DAP Letak Calon Melayu Di Kawasan Melayu


DAP dicabar meletakan calon Melayu di kawasan yang diketegorikan kawasan bermajoritikan pengundi-pengundi Melayu dalam PRU ke13 kelak. Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ini bagi membolehkan penilaian bahawa parti itu bukan sebuah parti rasis. 

Katanya sekiranya DAP ikhlas dalam niat mereka untuk menjadi parti yang bukan berasaskan perkauman mereka sanggup meletakan calon-calon Melayu di kawasan yang majoritinya pengundi-pengundi Melayu. Beliau yang juga Menteri Besar Perak bagaimanapun yakin bahawa parti itu tidak boleh keluar daripada kepompong ‘chauvinistik’.


“Mereka cuba nak jadi parti yang bukan berasaskan perkauman, tetapi lihatlah kawasan yang mereka wakili (menang) ketika ini, semuanya adalah kawasan majoriti di mana satu kaum sahaja yang tinggi kelompoknya” “Kalau betul mereka hendakkan Melayu, cuba letak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu. 

Kita tengok samada mereka boleh menang atau pun tidak” katanya. Zambry berkata demikian kepada sekumpulan wartawan selepas menyampaikan sumbangan komputer dan peralatan sekolah tajaan Sime Bank di Kampung Teluk Kechil di Pangkor Jumaat. 

Menurut Zambry DAP lebih mengamalkan sikap perkauman, apabila mereka tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pemimpinnya yang terang – terang mengamalkan politik ala apartheid. “Jelas sekali salah seorang pemimpinnya telah menunjukkan sikap perkauman tetapi hingga sekarang kontroversi itu tidak mendapat sebarang tindakan dari parti itu. “Inikah dikatakan parti yang bukan berasaskan perkauman?” tanyanya pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...