Isnin, 30 Januari 2012

Pengundi Kaum Cina Di Nasihatkan Supaya Berhati Hati Dengan Tipu Helah Pembangkang Kata Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek


Pengundi kaum Cina di negeri ini diingatkan supaya tidak terpedaya dengan helah terbaru parti pembangkang yang kononnya mahu menubuhkan 'Kerajaan Cina' di Perak jika menang dalam pilihan raya umum akan datang. 

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) ketika mendedahkan perkara itu, menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pembohongan yang amat besar. "Saya mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, kononnya parti pembangkang berkempen kepada masyarakat Cina di peringkat akar umbi bahawa orang Cina akan dijadikan 'taiko' sekiranya mereka memerintah Perak.


"Ini merupakan satu pembohongan besar kerana selepas pilihan raya yang lalu, walaupun pembangkang menang, tetapi Menteri Besar yang dilantik bukan daripada kaum Tionghua, tetapi seseorang daripada Pas," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Perak yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Agung MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk R. Ganesan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan. 

Mengulas lanjut, Soi Lek yang juga Pengerusi MCA Perak berkata, kebanyakan masyarakat Cina tidak sedar bahawa sekiranya mengundi DAP, mereka sebenarnya hanya memberi lebih kekuatan kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mendominasi pakatan pembangkang. Kebanyakan pengundi Cina katanya, hanya melihat DAP sebagai sebuah parti tunggal sedangkan ia bekerjasama dengan pakatan pembangkang lain dengan menggunakan simbol berbeza semasa pilihan raya. 

"Jika dilihat pada pilihan raya umum 2008, DAP mempunyai 18 wakil rakyat sementara Pas dan PKR hanya 11 orang, tetapi yang menjadi 'taiko' di negeri ini ialah Pas, bukannya DAP. "MCA selalu percaya bahawa 'abang besar' dalam pakatan pembangkang ialah Pas kerana mereka mempunyai lebih ramai keahlian, sumber dan akan bertanding lebih banyak untuk kerusi Parlimen," katanya.

2 ulasan:

  1. mohon linkkan blog sy di blog tersohor tuan..

    http://1paku.blogspot.com/

    blog tuan telah sy linkkan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...