Sabtu, 28 Januari 2012

Najib Memberi Jaminan Sepenuhnya Dan Memastikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) Memberi Kepuasan Kepada Seluruh Penjawat Awam



Umno akan menimbang kemungkinan menggerakkan Jawatankuasa Disiplin parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan bagi memantau dan mengambil tindakan lebih awal terhadap mana-mana ahli yang didapati melakukan perbuatan khianat atau curang terhadap parti. 

Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini merupakan kali pertama Umno melaksanakan langkah tersebut kerana sebelum ini Jawatankuasa Disiplin hanya digerakkan selepas pilihan raya berakhir. "Ada cadangan jawatankuasa ini digerakkan lebih awal agar ia boleh memerhati dan mengambil tindakan awal jika ada jentera parti yang melanggar peraturan dan etika. 


"Dalam setiap pilihan raya memang ada masalah terutamanya dalam parti besar... ini bukan perkara baru. Mesti ada kelakuan yang bertentangan. "Mungkin ada yang tak dapat jadi calon tidak puas hati, malah tindakan penyokongnya juga boleh merosakkan parti. "Jadi eloklah kita ambil tindakan awal pastikan disiplin parti terpelihara," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi. 

Perdana Menteri berkata, Jawatankuasa Disiplin merupakan satu mekanisme yang sedia wujud dalam parti dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap sebarang salah laku dalam parti. "Kita tak nak berlakunya sesuatu selepas pilihan raya kerana kesan sudah berlaku... jadi lebih baik kita bersikap proaktif. Ini mekanisme yang ada pada kita. Kalau ada apa-apa, jawatakuasa yang akan ambil tindakan. Apa-apa tindakan akan ada proses yang adil. Apa-apa aduan akan bawa kepada jawatankuasa," katanya. 

Mengenai persiapan parti menghadapi PRU13, Najib berkata, jentera parti berada dalam keadaan bersedia namun mengingatkan langkah-langkah berterusan harus ditingkatkan untuk memastikan segala tugas dan arahan yang diberikan dilaksanakan sepenuhnya. Dalam pada itu, Najib berkata mesyuarat itu turut membincangkan mengenai keberkesanan perjalanan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di mana ahli parti bersetuju proses penentuan perlu dilakukan untuk memastikan semua yang layak mendapat faedah dan tidak ada yang tertinggal daripada menerima bantuan tersebut.

Menerusi program BR1M, yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas, bantuan kewangan RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah. Beliau berkata mesyuarat turut bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk mengkaji semula perlaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi memastikan pelaksanaannya memberi kepuasan penuh kepada semua pegawai dan kakitangan awam. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...