Isnin, 2 Januari 2012

Komen Komen Penjawat Awam Atas Perlaksanaan SBPA


Putrajaya Semakin Getir Dan Mungkin Sukar Untuk Barisan Nasional  Tawan Putrajaya Pada PRU-13 Nanti


Komen 1 

Sudah terang lagi bersuluh, SBPA memang banyak kelemahannya. Apa yang JPA dan KPPA rancangkan selama ini menunjukkan ketidak prihatinan kpd pembangunan sektor awam secara holistic. KPPA sendiri dilihat menunjukkan keangkuhan dan sikap tidak bertanggungjawab terhadap kepentingan nasional. Tidak salah jika gaji kumpulan atasan naik tapi biarlah %nya sama kadar dengan pelaksana. Beberapa perkara yg disembunyikan menambahkan lagi keparahan SBPA ini. Ketidak telusan JPA telah menimbulkan pelabagai spekulasi yg akhirnya ternyata benar seperti kenaikan gaji JUSA yg melampau. Sistem pemindahan gaji yg berbeza yg dipraktiskan kepada golongan pelaksana menjadikan mereka lebih hina dari paria seperti novel interlok. PA tiada pilihan mereka terpaksa juga terima SBPA ini kerana termanya jelas tiada pilihan. Akhirnya selepas 15/1/2012 JPA akan dakwa semua penjawat awam bersetuju dgn SBPA. Adilkah ini ! 


Komen 2 

semakin pelik sama ada Skim nih dok pegawai tinggi yang merancang sesama sendiri untuk kenaikan gaji memasing. lg pun kerja berat lebih kepada golongan pelaksana yang atas tuh petik jari dapat maklumat. Dato Noh Omar sila jaga sikit kebajikan kakitangan sokongan bawahan nih. Saya berani cakap kalau golongan pelaksana mogok boleh lumpuh kerajaan namun atas dasar niat membantu negara mereka lansung tidak peduli akan kenaikan itu. sebagai umat manusia saya harap pihak. JPA JPM menilai sepenuhnya mengenai kenaikan gaji ini harapan saya agar kenaikan biarlah berpatutan agar tidak berlaku penindasan. 

Komen 3 

Presiden Ceupacs, isu chain of command yang caca marba dan isu KGT yang macam jahanam yang dibuat oleh pegawai JPA yang tonggan todi sambil buat SBPA macam mana? SBPA jelas skim penindas kakitangan awam, jangan haraplah kakitangan akan redha dengan penindasan ini. Kepada kerajaan sedia ada bersekongkollah dengan pegawai atasan di JPA untuk tindas kami penjawat awam. PRU 13 akan menjadi medan pertembungan buku dengan ruas, masa itu rasakan pihak kerajaan sedia ada yang angkuh apabila undi penjawat awam menghumban Barisan Nasional keluar dari Putrajaya. Saya juga ada membaca di komen-komen di artikel sebelum ini yang terlalu sombong mengugut penjawat awam, malahan saya telah diugut untuk berhenti kerja dan sebagainya, tidak apa, ugutlah, saya tidak akan mengalah dan akan terus mempertahankan keadilan dan kebajikan penjawat awam serta saya akan terus menentang kezaliman kerajaan sedia ada yang banyak beretorik dalam pentadbiran negara, Najib selalu cakap "rasai denyut nadi rakyat", tapi itu semua retorik kosong saja, pihak kerajaan hanya rasai denyut nadi pegawai atasan di JPA saja. Keputusan adalah muktamad, jangan sampai saat akhir untuk buat perubahan kerana pada masa itu segala gula-gula kerajaan untuk tagih sokongan undi penjawat awam tidak akan menjadi apa-apa makna lagi kerana kami akan menyokong parti lawan. 

Komen 4 

SBPA jelas adalah kezaliman dan penindasan golongan pegawai atasan di JPA dan keganasan serta penindasan oleh pihak kerajaan yang bersekongkol dengan pegawai atasan di JPA untuk membuli dan menindas penjawat awam. SBPA adalah tidak adil dan menindas. PRU 13 akan menjadi medan pertembungan buku dan ruas, nanti dekat-dekat PRU 13 kalau kerajaan terhegeh-hegeh tagih dan minta sedekah undi dari penjawat awam, boleh blah la, keputusan adalah muktamad dan pihak kerajaan perlu bertanggungjawab atas keputusan sendiri. Dasar-dasar dalam SBPA jelas merapu dan caca marba yang boleh menjejaskan perkhidmatan awam, sudahlah dasar SBPA ini menindas penjawat awam dari segi kebajikan, malahan operasi jabatan pula akan jadi caca marba dan tunggang langgang kerana Chain Of Command telah haru biru akibat JPA yang tak reti sumber manusia buat dasar macam jahanam. Kerajaan pula kerana bersekongkol dengan pegawai atasan di JPA, tunggulah PRU 13 balasan untuk penindasan ini.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...