Isnin, 23 Januari 2012

Ketua Pemuda KJ Cabar DAP Buktikan Ramai Ahli Melayu Sertai DAP


Pemuda Barisan Nasional (BN) mencabar kredibiliti pemimpin DAP agar mengemukakan lebih ramai ahli daripada kaum Melayu bagi membuktikan parti itu sebagai sebuah parti berbilang kaum. 


Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, kemampuan DAP yang hanya mengemukakan tiga orang ahli Melayu tidak boleh membuktikan kewajaran parti itu menggunakan istilah 'DAP parti berbilang kaum'. 

"Pemuda BN cabar DAP umumkan berapa ramai ahlinya yang datang daripada masyarakat Melayu...jangan hanya tunjuk tiga orang itu sahaja tapi (tunjukan) keanggotaan keseluruhan jika benar mereka ini adalah parti berbilang kaum," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong di sini hari ini. 

Beliau mencabar kepimpinan DAP di semua peringkat untuk membuktikan keahliannya daripada orang Melayu. "...tetapi jangan cakap DAP parti berbilang kaum jika mereka tak dapat terima keanggotaan (yang lebih banyak) daripada masyarakat Melayu," katanya. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...