Selasa, 3 Januari 2012

"Itu Tidak Benar Saya Tidak Pernah Beri Surat Peletakan Jawatan" Kata Dato Seri Shahrizat


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Isnin menafikan beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Itu tidak benar. Saya tidak pernah beri surat peletakan jawatan. Banyak khabar angin kerana sebenarnya itu yang pembangkang hendak tengok berlaku," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya Wanita Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, di sini Isnin. 


Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri berhubung jawatannya dalam Kabinet. "Semuanya terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukannya kerana jawatan Kabinet adalah kuasa di atas bahu Perdana Menteri Malaysia," katanya. 

Najib sebelum ini menafikan menerima surat peletakan jawatan Shahrizat yang dilanda kontroversi isu Pusat Fidlot Kebangsaan. Sementara itu, Shahrizat yang juga Ketua Wanita BN berkata pihaknya telah mengenal pasti 30 kawasan parlimen yang akan diberikan tumpuan dan perhatian luar biasa daripada jentera pilihan raya Wanita BN. 

Katanya kawasan parlimen berkenaan adalah kawasan yang diterajui pemimpin tertinggi parti pembangkang yang dijangka berjaya dirampas semula oleh BN pada pilihan raya umum ke-13. 

"Dari bancian sikap dan maklum balas pemilih yang undi mereka, kita dapati kelemahan mereka amat sangat dari segi karenah, janji kosong dan macam-macam," katanya. 

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Dr Shafie Abdullah yang juga Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju serta 1,600 anggota Wanita B Ndari seluruh Wilayah Persekutuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...