Jumaat, 6 Januari 2012

1.4 Juta Penjawat Awam Mula Menyokong Pembangkang Apa Kesudahan Perbincangan Cuepacs Dengan JPA Masih Lagi Tiada Perubahan



Apa kesudahanya tentang perbincangan antara JPA dengan Cuepacs.? Baru baru ini pihak JPA dan Cuepacs telah mengadakan satu rundingan untuk menetukan kata putus apa kesudahan nya tentang penjawan awam ni tapi ternyata ia tidak mendatangkan hasil apa apa. 


Banyak lagi rungutan rungutan yang didengari oleh pihak penjawat Awam yang mengatakan bahawa perundingan itu hanyalah untuk meneliti dan memberi fokas kepada golongan atasan sahaja seperti JUSA , TURUS dan Pegawai PTD

Kerajaan harus lah mengambil iktibar apa yang pernah berlaku pada tahun 2008 yang mana dalam PRU-12 ramai di kalangan penjawat awam bawahan telah menyokong pembangkang di atas pemberian BONUS kepada Kakitangan Awan.

Dalam rungutan yang didengari Kakitangan Awam bawahan hanyalah menerima kenaikan gaji  yang baru baru ini pada 2012 hanyalah RM45.00 dan Pegawai Atasan pula menerima kenaikan gaji lebih daripada RM150.00 sebulan adakah ini adil namanya.

Berdasarkan "Exit Policy" yang baru diperbincangan oleh pihak JPA dan Cuepacs baru baru ini adalah memuaskan dan melegakan ramai Penjawat Awam. Ini diperkatakan oleh pihak Cuepacs baru baru ini. Apa yang merungsingankan oleh Penjawat Awam kakitangan sokongan ialah apabila seseorang Pegawai Atasan tidak menyukai seseorang penjawat awam ia akan memberi markah kurang dari pada 60% kepada seseorang penjawat awam itu.

Dan disini juga Kerajaan harus campur tangan dengan apa yang berlaku kerana ia akan melibatkan 1.4 juta kakitangan awam sokongan yang berkerja dengan kerajaan. Dan bayangkan jikalau 1.4 juta penjawat awam sokongan ini menyokong pembangkang mungkin Barisan Nasional tidak lagi menjadi Kerajaan Pusat.




1 ulasan:

  1. pegawai atasan yang bergred jusa dan khas diberi kenaikan gaji sehingga rm5000 sbulan iaitu hampir 100 peratus kenaikan manakala kumpulan pelaksana dan kumpulan profesional sekadar 10 peratus sahaja. sebab itu sehingga sekarang Lampiran C dirahsiakan. dimaklumkan bahawa 90 peratus penjawat awam di Putrajaya adalah kumpulan sokongan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...