Jumaat, 2 Disember 2011

YB Razali Bersama-Sama Mahasiswa IPTA Tempatan Di PWTC


Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO, YB Datuk Razali Ibrahim berhadapan dengan soalan sukar daripada pemimpin mahasiswa IPTA Tempatan. 

Seramai hampir 150 orang mahasiswa hadir dalam Program Ramah Mesra dan Minum Petang bersama YB Datuk Razali Ibrahim di Riverside, PWTC hari ini, 2 Disember 2011. 


YB Razali menyatakan bahawa beliau suka mahasiswa berpegang kepada idealisme dan tidak menurut apa sahaja yang disuapkan kepada mereka. Dalam hal apabila ISA dimansuhkan, tidak bermakna kerajaan akan lepas tangan sebaliknya ada akta yg akan mengawal keganasan. 

Akta Perhimpunan Aman, misalnya, memberi kebebasan kepada orang ramai untuk berhimpun dengan memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis. Sekarang tidak perlu memohon untuk berhimpun secara aman, tapi tidak bermaksud kerajaan suruh rakyat kita berhimpun dan tidak ada peraturan untuk menguruskan hal dan risiko berkaitan perhimpunan aman asalkan oleh pertubuhan yang sah. 

Macam Pemuda UMNO, bila berhimpun kita berhimpun sbg pertubuhan yang berdaftar secara sah, sedangkan Bersih tidak berdaftar dan merupakan pertubuhan dan aktiviti haram. Dalam hal AUKU, kita pun tidak dimaklumkan tentang seksyen mana dan subseksyen mana lagi, tapi kita andaikan ia berkaitan dengan penglibatan dalam parti politik. 

Dalam hal ini, kerajaan berhasrat untuk meminda AUKU bagi menarik semula sekatan terhadap pelajar dan ini tidak bermakna kerajaan mahu dan wajibkan mahasiswa menyertai parti politik. Bila kita berckp tentang ISA, kita bercakap tentang soal keselamatan. 

ISA ini akta yang terlalu lama. Jadi untuk bila nak ubah suai begitu susah, robohkan rumah lama dan bina rumah yang baru. Undang-undang menjadi Undang-undang apabila diterima oleh rakyat, tapi bukan di mana-mana tempat, tetapi di Parlimen. 

Selepas jadi undang-undang barulah dilaksanakan. Bagaimana kerajaan boleh iktiraf peranan dan sumbangan mahasiswa tetapi masih meletakkan sekatan? Bila kita buka sekatan untuk Pegawai Kerajaan Kumpulan A di kalangan guru, tidak ramaipun memohon di atas pelbagai alasan mereka sendiri. 

Sekatan itu ditarik tetapi tidak bermaksud politik dibawa ke dalam kampus. Bila ada sekatan ini, bagaimana nak dapat keistimewaan seperti yang diperolehi oleh Kelab UMNO Luar Negara semasa Perhimpunan Agung UMNO kerana mereka adalah entiti yang diiktiraf dalam perlembagaan dan peraturan UMNO. 


Selepas pindaan, kita nak lihat betapa cepat perubahan di kalangan mahasiswa. Apabila dipinda AUKU untuk benarkan mahasiswa terlibat dengan persatuan-persatuan dan NGO, tidak ramai pula yang menyertainya. Sepertinya AUKU digunakan sebagai escapism dan alasan kelesuan mahasiswa. Bagaimana kita nak pastikan kecemerlangan mahasiswa dalam akademik? Secara peribadi, mungkin mahasiswa boleh memohon kepada penaja. 

Penaja pula sebagai pihak yang menaja mahasiswa untuk terlibat dalam kursus yang ditawarkan boleh meletakkan syarat agar mahasiswa mencapai tahap akademik yang diharapkan agar membolehkan mereka terlibat dalam politik. Tidak adillah sekiranya penaja menaja mahasiswa untuk jadi graduan dalam bidang yang ditaja, tetapi menggunakan dana dan masa untuk tujuan berpolitik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...